Kekal sekatan rentas negeri hingga Mei jika mahu kes bawah 500 – Pakar kesihatan

Sekiranya ingin jangkitan Covid-19 berada di bawah 500 kes, larangan rentas negeri perlu terus dilaksanakan sehingga Mei depan.

Demikian kata Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun yang menjadikan kebenaran rentas negeri pada Disember lalu dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai iktibar.

Menurut laporan BH Online, beliau berkata keutamaan kini adalah bagi melindungi negeri hijau dimana penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor perlu dihalang daripada melakukan perjalanan rentas negeri.

Dr Hanafiah berkata, ini kerana kes positif harian di kedua-dua lokasi tersebut masih tinggi dan boleh mengundang jangkitan sekiranya dibenarkan rentas negeri.

Justeru, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur yang dijadualkan tamat pada 18 Mac ini wajar dilanjutkan manakala se ka tan rentas negeri dikekalkan sehingga Mei,” katanya.

Tambah beliau, melalui dasar kesihatan awam seperti pematuhan prosedur operasi standard (SOP), larangan rentas negeri dan program vaksin boleh melandaikan lengkuk Covid-19 apabila tiba penghujung Mei nanti.

“Menerusi prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan kadar jangkitan dua angka, penghujung Mei mungkin kita boleh tarik balik sekatan rentas negeri,” ujarnya.

Ada yang bersetuju, ada juga yang tidak. Jadi sama-samalah kita berharap semoga kes jangkitan menurun dari hari ke hari agar semuanya kembali pulih seperti sedia kala!

Sumber:Ohmymedia

Be the first to comment on "Kekal sekatan rentas negeri hingga Mei jika mahu kes bawah 500 – Pakar kesihatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*