Neelofa terima anugerah Tokoh Wanita Kelantan

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa menjadi antara 14 tokoh wanita Kelantan yang menerima anugerah khas sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021, semalam.

Menurut laporan Utusan Online, bagaimanapun selebriti berusia 32 tahun tersebut tidak dapat ke majlis anjuran kerajaan negeri itu berikutan sedang berada di Langkawi atas urusan kerja.

Malah, tiada individu atau ahli keluarga yang menjadi wakil penerima anugerah berkenaan bagi pihaknya ketika nama bekas pengacara MeleTOP itu diumumkan.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd. Noor itu menerima Anugerah Sayyidina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Pempengaruh Mega atau ‘influencer’.

Difahamkan, tiada sebarang respons diterima daripada pihak Neelofa ketika pihak penganjur meminta menamakan individu bagi mewakili untuk menerima anugerah tersebut.

HSK 2021 disempurnakan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd.Yusoff di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Sumber:ohmymedia

Be the first to comment on "Neelofa terima anugerah Tokoh Wanita Kelantan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*