[VIDEO] Orang Ramai Selamatkan Kanak-Kanak Tidur Dalam Kereta Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Umum ramai orang mengetahui risik0 bahaya apabila meninggalkan anak kecil di dalam kereta sehinggakan ada yang mengakibatkan ke.ma.ti.an. Namun perkara ini kerap kali berulang pada setiap tahun seperti sudah menjadi satu ‘kebiasaan’ di kalangan masyarakat kita.

Terbaru, tular satu rakaman video pada petang semalam di mana sekumpulan orang ramai cuba mengoyangkan sebuah kereta Proton Persona untuk mengejutkan seorang kanak-kanak perempuan yang tertidur semasa ditinggalkan sendirian.

Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang turut berada semasa kejadian menyatakan anak perempuannya itu sekiranya tertidur, memang akan ‘tidur mati‘ dan sukar untuk bangun sekiranya dikejutkan.

Setelah kanak-kanak tersebut terjaga dari tidur, mereka memberikan ‘arahan’ kepadanya yang masih dalam keadaan mamai untuk membuka pintu untuk mengeluarkannya daripada kereta secepat mungkin.

Video itu telah mendapat hampir 650,000 ribu tontonan dan ribuan reaksi daripada netizen. Rata-rata ramai tidak berpuas hati dengan tindakan ibu tersebut yang meninggalkan anaknya bersendirian dan ada juga berkongsi pengalaman sendiri yang pernah berhadapan situasi seperti itu.

Netizen juga turut memuji orang ramai kerana prihatin dan berkerjasama untuk membantu wanita tersebut untuk mengejutkan anak perempuannya itu dengan selamat.

Semoga video ini dapat menjadi tauladan kepada kita semua agar tidak meninggalkan anak-anak kecil keseorangan di dalam kereta kerana risiko bahaya yang agak tinggi.

Sumber:thevocket

Be the first to comment on "[VIDEO] Orang Ramai Selamatkan Kanak-Kanak Tidur Dalam Kereta Undang Pelbagai Reaksi Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*