[VIDEO] Semangat Nak Mengaji Live Tapi 3 Kali Line Putus, Adik Ini Buat Ramai Terhibur!

Umum mengetahui bersempena bulan Ramadan ini banyak stesyen televisyen yang menyediakan program bermanfaat untuk penonton

Contohnya rancangan mengaji yang sudah menjadi program wajib yang dipaparkan setiap tahun di kaca televisyen.

Rancangan ini membolehkan penonton menelefon untuk menyemak sama ada bacaan mereka betul atau tidak dengan bimbingan ustaz yang mendengarnya.

Namun, baru-baru ini tular satu insiden lucu di Twitter apabila salah seorang pemanggil kanak-kanak lelaki telah menjadi hiburan di studio kerana line telefonnya putus sebanyak 3 kali semasa mahu mengaji.

Lihat video penuh itu di bawah:

3 kali cuba mengaji, tapi tetap terputus dekat bacaan yang sama

Menerusi video tersebut, program Geng Ngaji itu terdiri daripada 3 orang panel iaitu Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Mohd Fakhrul dan Juara Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Farhatul Farizurah yang bersama-sama mendengar bacaan Al-Quran kanak-kanak lelaki tersebut.

Ketika sedang khusyuk mengalunkan bacaan Al-Quran, tidak lama selepas itu line telefon kanak-kanak berkenaan terputus secara tiba-tiba membuatkan mereka cuba untuk menghubungi kanak-kanak itu kembali.

Namun pada panggilan kali kedua, line telefon kanak-kanak itu masih terputus pada tempat bacaan yang sama. Apa yang lebih melucukan, mereka tidak putus asa mencuba lagi menelefon kanak-kanak itu dan line tetap terputus dan terhenti pada tempat bacaan yang sama menyebabkan satu studio terhibur dengan insiden berkenaan.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

“Hahaha comel, dekat kalimah yang sama pula tu, ustaz pun tak tahan” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat insiden tersebut. Malah, ada yang tidak menyangka ia boleh terhenti sebanyak 3 kali di tempat bacaan yang sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 959.6K views, 5,819 retweets dan 6,221 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di Twitter:

Sumber:says

Be the first to comment on "[VIDEO] Semangat Nak Mengaji Live Tapi 3 Kali Line Putus, Adik Ini Buat Ramai Terhibur!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*