Viral: Sahut cabaran laungan azan, suara pemuda ini buat netizen terkedu.

Bukan semua orang bertuah dikurniakan bakat serta suara yang merdu. Tambahan lagi apabila melaungkan azan sehingga mampu menusuk ke dalam hati orang ramai yang mendengar.

Baru-baru ini, seorang pemuda dikenali sebagai Syarhan Ar Rawi menunjukkan bakat terpendamnya ketika melaungkan azan menerusi aplikasi TikTok.

Suara merdu mirip laungan azan di Makkah
Pada awalnya, dia hanya berniat untuk menyahut cabaran azan seperti di Makkah namun siapa sangka, suaranya begitu merdu sehingga berjaya membuatkan ramai netizen terpukau.

Menurut pemuda itu lagi, dia menggunakan irama Hijjaz, sama seperti azan yang dilaungkan di kota suci Makkah.

Santai je abang ni laung azan Makkah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan raza kagum dengan bakat dimiliki oleh lelaki itu.

Dalam pada itu, mereka turut memuji kemerduan suara yang dimiliki olehnya bahkan, ada yang seakan tidak percaya dengan bakat dimiliki pemuda berkenaan.

Memandangkan ramai netizen seakan tidak percaya dengan ketulenan suaranya, bagi membuktikan kesahihan video tersebut pemuda itu turut memuat naik rakaman tanpa sebarang ‘edit’ melalui sebuah ‘posting’ di laman Instagram miliknya:

Sumber:ohmymedia

Be the first to comment on "Viral: Sahut cabaran laungan azan, suara pemuda ini buat netizen terkedu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*