[VIDEO] Pramugari Ini Buat ‘Announcement’ Dalam Dialek Kelantan Cvri Perhatian Netizen

Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai bahasa dan juga mempunyai dialek yang berbeza

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti sudah tahu dan faham beberapa dialek negeri yang ada. Contohnya seperti loghat Kelantan dan Kedah yang mempunyai keunikan masing-masing.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang pramugari wanita menggunakan dialek Kelantan semasa membuat announcement mencvri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Fasih dialek Kelantan walaupun berbangsa Cina

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Mek Yun itu sangat fasih dalam bercakap dialek Kelantan walaupun berbangsa Cina. Ia juga kerana mungkin dia sudah lama menetap di negeri tersebut.

Malah, contentnya juga banyak dilihat menggunakan dialek Kelantan dan bukannya bahasa Cina.

Menurutnya, dia sebenarnya tidak pandai untuk bercakap bahasa Cina kerana ibu bapanya dulu tidak mendaftarkannya untuk masuk ke sekolah jenis Cina.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

“Best kalau ada pramugari macam ni” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Malah, ramai yang tidak menyangka bahawa dia rupanya adalah bangsa Cina kerana jarang dilihat. Ada juga yang menyokongnya untuk teruskan membuat content-content menggunakan dialek Kelantan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 402.5K views, 46.9K likes dan 852 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Siapa kata orang Cina tak boleh cakap dialek Kelantan? Tengok ni hebat betul ya 😀

sumber:says

Be the first to comment on "[VIDEO] Pramugari Ini Buat ‘Announcement’ Dalam Dialek Kelantan Cvri Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*