[VIDEO] “Benda Boleh Kalah Buat Apa Nak Menang” – Cara Budak Ini Main Sukaneka Undang Tawa. “Aku Yang Tengok Ni Pun Stress Dik”-Netizen

Zaman persekolahan sememangnya tak sah kalau tak masuk acara sukaneka tahunan

Bagi sesetengah pelajar terutamanya kanak-kanak di peringkat sekolah rendah, sukanekalah acara yang paling ditunggu-tunggu mereka setiap tahun. Hal ini kerana mereka dapat bermain pelbagai sukan dan menunjukkan kebolehan yang mereka ada.

Namun, berbeza pula dengan seorang kanak-kanak lelaki ini apabila videonya viral di laman TikTok baru-baru ini di mana cara dia bermain sukaneka mencuri perhatian dan mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Join acara tarik bola dalam gelung, tapi boleh santai berjalan tak lari macam peserta lain

Menerusi perkongsian video daripada pengguna bernama Badang Malaysia iaitu ayah kepada kanak-kanak lelaki yang digelar Bobot itu, kelihatan dia sedang berlumba acara tarik bola menggunakan gelung.

Namun, apa yang membuatkan ramai dekah adalah apabila cara Bobot menarik bola tersebut dilihat sangat santai dan tidak kelam kabut seperti peserta lain yang berebut nak menang sukaneka itu.

Lebih menghiburkan lagi, ayah Bobot tidak henti-henti menjerit sambil tidak dapat menahan ketawa untuk memberikan sokongan kepadanya supaya dia berlari ke garisan penamat.

Tetapi, Bobot tetap rileks dan selamba menarik bola itu dengan perlahan tanpa menghiraukan jeritan ayah dan cikgunya.

“Sebab dia tahu menang ke kalah tetap dapat hadiah sama hamper lepas tu share ramai-ramai” – Warganet

Dalam pada itu, para warganet turut terhibur melihat cara santai Bobot menarik bola dalam gelung itu. Malah, komen daripada mereka juga sangat kelakar dan siap back up Bobot.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan berjaya meraih 268.2K views, 15.4K likes serta 1.2K shares di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

 

Sumber:says

Be the first to comment on "[VIDEO] “Benda Boleh Kalah Buat Apa Nak Menang” – Cara Budak Ini Main Sukaneka Undang Tawa. “Aku Yang Tengok Ni Pun Stress Dik”-Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*