Oyen Meratapi Pemergian Pemiliknya Buat Ramai Sebak, “Sedihnya…”

Hanya pencinta kucing saja yang faham bagaimana rasanya melihat kucing yang dibela dalam kesedihan atau kesakitan. Baru-baru ini, video seekor kucing yang meratapi pemergian pemiliknya menyentuh hati netizen yang menonton.

Di dalam rakaman itu, kucing berwarna oren itu dilihat dalam keadaan bersedih selepas pemergian pemiliknya itu. Video tersebut juga tular dikongsikan di Tik Tok dan kini menerima hampir dua juta tontonan setakat ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, kucing oren itu dilihat menziarahi pusara pemiliknya itu bersama ahli keluarga yang lain. Malah, dia juga dilihat seakan-akan menangis apabila menitiskan air mata ketika berada di rumah.

Oleh kerana bimbang sesuatu berlaku pada kucing itu, mereka ada membawanya ke klinik untuk pemeriksaan dan mendapati matanya dalam keadaan sihat sahaja. Selepas itu, mereka membawanya ke pusara untuk menziarahi pemiliknya dan barulah kucing itu tidak lagi menangis.

Tidak cukup dengan itu, kucing itu juga tidur di bantal yang pernah menjadi kepunyaan pemiliknya dahulu. Kucing tersebut sebelum ini dibela oleh pemiliknya selama tujuh tahun. Di ruangan komen, netizen turut sama bersedih melihat nasib yang menimpa kucing ini

kesiannya….

sumber:himpunanlawak

Be the first to comment on "Oyen Meratapi Pemergian Pemiliknya Buat Ramai Sebak, “Sedihnya…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*