Meluahkan Rasa Syukur, Mizz Nina Tidak Menyangka Dapat Sokongan Yang Luar Biasa. “Alhamdulillah, Jumlah Yang Tak Disangka, Moga Kita Semua Dapat Membantu Mereka”-Mizz Nina

Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang disertai pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan dikhabarkan berjaya mengumpul dana hampir RM17.9 juta hasil sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin.

Perkara tersebut diumumkan oleh selebriti dakwah yang juga ikon kemanusiaan, Mizz Nina menerusi Instagram. Meluahkan rasa syukur dengan hasil kutipan tersebut, Mizz Nina tidak menyangka dengan sokongan luar biasa diterima.

“Alhamdullilah semoga Allah terima dan balas segala kebaikan anda. Kami tidak menjangkakan ia begitu banyak sekali begini. Mari teruskan usaha ini, jangan lakukannya hanya mengikut musim sahaja tetapi berterusan menyokong Palestin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mizz Nina memaklumkan hasil sumbangan itu akan digunakan secara berperingkat untuk disalurkan kepada klinik Malaysia Al-Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.

Untuk pengatahuan anda, MAD menggabungkan 20 NGO antaranya Cinta Gaza Malaysia, Global Peace Mission Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Iman Care.

Antara selebriti yang turut serta dalam kempen derma itu adalah Heliza Helmi, Faizal Tahir, Noh Saleh, PU Rahmat, Fedtri Yahya dan Natasha Hudson.

Sumber:instagramMizzNina

Be the first to comment on "Meluahkan Rasa Syukur, Mizz Nina Tidak Menyangka Dapat Sokongan Yang Luar Biasa. “Alhamdulillah, Jumlah Yang Tak Disangka, Moga Kita Semua Dapat Membantu Mereka”-Mizz Nina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*