Ingat Kawen dgn Doc ni, Hantaran Dapatlah Tinggi, Sekali bg RM2k je, Bakhil Punya Doktor

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca.

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Terima kasih admin sekiranya konfesi ini disiarkan.

Straight to the point, lelaki yang jenis berkira bab hantaran ni ada juga.

Kalau yang tak mampu tu takpa la. Takda hantaran pun takpa.

Ni yang jenis taik idung masin macam kes adik aku nak kahwin dengan dktor tapi hantaran nak bagi 2k je.

Katanya nak ikut sunnah mahar rendah. Oh ya famili kitorang hantaran tu sekali dengan mahar.

Maknanya duit hantaran tu la mahar. Ya aku tau kau nak ikut sunnah. Tapi kau kena consider juga benda lain.

Kalau k3s kau nak ikut sunnah, nabi dulu nikah dengan siti khadijah mahar dah 500 dirham. Zaman sekarang takkan kau nak expect bagi rm500 juga.

Ni zaman moden bukan zaman logam. Agak2 500 dirham tu dah jadi rm berapa zaman sekarang? Maknya 50k takpun 500k. Alahai.

Kitorang bukannya kjam sgt nk letak sampai 50k. Kami masih sedar diri.

Ayah aku pun tak pernah nk letak nilai berapa2 tapi agak2 la 2k je tambahan kau doktor, kau mampu…

Even lelaki aku yang kerja biasa2 je lagi tinggi dia bagi. Kalau kau sayang sangat duit tak payah nikah.

Ikut sunnah konon. Cakap je kau tu kedekut habis cerita. Dengan isteri pun nak berkira. Lastnya adik aku tak jadi kahwin.

Ya adik aku tak jadi kahwin sebab duit hantaran. Lelaki tu cakap dia hanya boleh bagi setakat 2k sebab lepas kahwin lagi banyak nak guna.

Ayah aku dah tau camtu memang tak kasi la. Nampak sangat kedekutnya. Nanti dah nikah makan dalam adik aku.

Kadang ayah ni dia bukan nak sangat letak tinggi oi. Dia pun lelaki dan tahu tanggungjawab orang lelaki camna lepas kahwin.

Dia just nak tengok lelaki yang dia nak serah anak dia nanti camna. Bersungguh ke tak, berkira ke tak, beradab ke tak.

Sentuh bab adab ni satu hal bila si lelaki nampak sangat tak hormat ayah aku.

Siap cakap kalau takleh terima hantaran yang dia tetapkan dia akan undur diri. Aduhai aku rasa nak kakikan je spesis camni.

Datang rumah orang masuk pintu belakang. Siap cakap camtu dia ingat kami ni apa?

Jangan sebab eager nak buang adat (ikut sunnah), kita turut membuang adab. Sedangkan adab (akhlak) nabi la yang patut kita contohi.

Adat tu selagi tak bertentangan dengan islam hukum dia harus ikut dengan syarat tak menyusahkan.

Hormat la sikit mak ayah perempuan. Jangan asyik nak tunjuk pandai kita je.

Macam kita sorang tahu hukum hakam. Adab dah kelaut.

Aku cuma nak nasihat pada lelaki. Ada perempuan jenis tak letak nilai dan serahkan pada kau untuk tentukan tapi itu bukanlah tiket untuk kau bagi sesuka hati.

Banyak yang kau kena consider especially perasaan mak ayah perempuan.

Yes ni penting sebab tu anak dia and soon mereka akan jadi mak ayah kau juga. Jadi janganlah kedekut sangat nak bagi banyak sikit.

Anggap itu sedekah kau buat bakal isteri and family dia. Satu lagi kau kena tengok jugak ‘urf. ‘Urf ni adat kebiasaan.

Contohnya kakak2 dia sebelum ni mahar berapa. Bukan kau main letak suka hati je. Nak ikut sunnah tu dah bagus tapi mengaji biar habis.

Ok maaf kalau aku bebel panjang. Aku cakap pun sebab ramai tak tahu. Bila buka bab hantaran ni jalan sebaiknya adalah bersederhana.

Ni kan cara yang dianjur islam. Jangan terlalu rendah and jangan terlalu tinggi.

Kalau kau tak mampu takpa nak bagi rendah. Yang tu aku tak hangin. Ni yang berkemampuan tapi sengaja buat tak mampu.

Sebab apa aku cakap camni? sebab boleh jadi fitnah. Ya fitnah. Kau pun tahu mulut manusia zaman sekarang kan.

Sebaiknya elak daripada orang bercakap tentang kita. Nanti ada yang tanya ni lelaki kerja apa?

Apsal rendah sangat? Ke ada nak tutup apa2? Sudah.

Habisnya maruah pengantin pula jadi persoalan. So sebaiknya bersederhana, nak ikut sunnah pun jangan sampai undang fitnah.

Ok balik kisah adik aku tadi memang dia sedih tak jadi nikah tapi nak buat camna.

Ayah aku memang takkan serah anak dia kat lelaki camtu. Kisah ni dah setahun berlalu.

Adik aku pun dah move on and sekarang dia tengah struggle habiskan master dia.

Aku doakan one day dia akan jumpa dengan lelaki yang tepat and aku juga doakan lelaki tu jumpa dengan perempuan yang sanggup terima hantaran bakhil dia tu.

Jahirah Jalal, Duit hntrn tu mcm as a gift..and the sme time akan diguna jgk for both of the couples..pasngan kene firm..ni dok diam je..

Kene firm yg mgatakn duit hntrn tu for the girl not for the family..tok family tu yg org duk hulur2 tu time kenduri….ye tu for them.

Ahmad Aslam, Skang ni bnyk minta hantaran tinggi2 utk cover kenduri..

Knp laki tu kene cover kenduri belah perempuan plak.. Yg nak kenduri besar mak bapak pompuan tu.

Nadia Selamat, Klo nk besar2 sgt kenduri..duit hntran mmg kene lebih tok guna pakai kenduri tu jgk nnti..as long duit tu di pakai for good..

Jgn nk amek2 sgt. Rebut2..its ok for me..ni yg smpai gado2..mcm harom gamak nye org melayu ni.

Amirul Hakimin ZH, Saya akan komen berdasarkan ayat confessor tu sendiri. Post ni panjang, harap bersabar.

1. “Straight to the point, lelaki yang jenis berkira bab hantaran ni ada juga.”

Kena faham asas dulu. Hantaran ni hadiah je. Kalau hadiah, biar la dia nak bagi berapa2 pun.

Macam birthday boy la, minta iPhone, tapi dapat Lenovo, perlu ke pertikaikan? Tak perlu, sebab tu hadiah.
.
2. Ya aku tau kau nak ikut sunnah. Tapi kau kena consider juga benda lain.”

Saya nak tanya la, BENDA LAIN tu apa? Nak cover duit kenduri ke? Kantoi dah.

3. “Kalau k3s kau nk ikut sunnah, nabi dlu nikah dgn siti khadijah mahar dah 500 dirham.

Zaman sekarang takkan kau nak expect bagi rm500 juga.”

Saya tak pasti jumlah 500 dirham tu sahih ke tak, tapi yang pasti Khadijah RA tak minta, Nabi SAW sendiri yang nak bagi.

Kalau rasa Khadijah RA yang minta jumlah tu, meh bawa hadis, saya nak kaji.

Kena faham, mahar tu wajib. Ada orang mampu bagi 10k mahar, 10 hantaran, biar lah, dah dia mampu.

4. “Ayah aku pun tak pernah nak letak nilai berapa2 tapi agak2 la tambahan kau kerja mampu.”

Ayat ni totally bercanggah. Dia kata ayah dia tak letak pun nilai berapa2, abis yang kamu duk kecoh doktor nak bagi 2k tu kenapa? Kata la, doktor gaji 5k.

Nampak macam banyak kan? Memang banyak, tapi kamu tahu tak dia kerja berapa jam? On call saja dah berapa kali seminggu.

Nak jadi doktor bukan senang, kawan saya study untuk exam pun boleh demam, biar la dia raikan diri sendiri dengan 5k tu.

5. “Even lelaki aku yang kerja biasa2 je lagi tinggi dia bagi.”

Tu suami kamu, jangan sama kan. Perbandingan yang tak masuk akal.

6. “Ikut sunnah konon. Cakap je kau tu kedekut habis cerita.”

Dia nak ikut sunnah, itu urusan dia. Kamu tu sapa nak perlekehkan orang. Kita ni masuk syurga bukan sebab amalan, tapi redha Allah.

Kalau niat dia ikhlas nak ikut sunnah, Allah terima amalan dia, dia akan masuk syurga kerana sunnah tadi.

7. “Lelaki tu cakap dia hanya boleh bagi setakat 2k sebab lepas kahwin lagi banyak nak guna.”

Logik tak dia punya sebab? Logik la. Dibuatnya isteri dia tu subur, tak sampai setahun dah pregnant, kembar plak tu, kos maintenance tinggi tak? Of course la tinggi.

So, tak perlu la argue. Entah2 doktor tu dah ada banyak dah rumah sewa, harta banyak, tapi low profile. Sapa yang rugi?

8. “Sentuh bab adab ni satu hal bila si lelaki nampak sangat tak hormat ayah aku.”

Bab adab ni saya tak boleh nak komen lebih, sebab saya takda masa kejadian, tak berharap pun.

Bila baca confession ni, bab adab tu macam perkara yang diada2kan, untuk timbulkan rasa benci dekat doktor tu.

Kalau dia cakap nak undur diri tu dianggap tak hormat, mengarutlah.

9. “Adat tu selagi tak bertentangan dengan islam hukum dia harus ikut dengan syarat tak menyusahkan.”

Kamu dah tulis dah, “harus ikut”. Tapi kenapa kamu argue macam adat tu wajib?

Cakap tu guna akal juga, macam mana statement sendiri boleh bercanggah.

10. “Bila buka bab hantaran ni jalan sebaiknya adalah bersederhana. Ni kan cara yang dianjur islam.”

Pandai pula cakap bab agama. Nak tanya la, nak kumpul 2k amik masa berapa hari?

Ingat boleh kumpul dalam masa 2 hari ke? Dia dapat gaji pun, dia nak bayar macam2, kereta, petrol, makan minum, ptptn. Tak sederhana ke 2k tu?

11. “Yang tu aku tak hangin. Ni yang berkemampuan tapi sengaja buat tak mampu.

“Cakap elok2 sikit. Kita yang sihat ni, sehari kita solat berapa kali? Yang wajib tolak tepi la, yang sunat, berapa rakaat kita buat?

Kalau kita tak buat, ada Allah tarik nikmat?

12. “Nanti ada yang tanya ni lelaki kerja apa? Apsal rendah sangat? Ke ada nak tutup apa2? Sudah. Habisnya maruah pengantin pula jadi persoalan.”

Kamu ni macam hebat bercakap bab agama, tapi macam tak berilmu pun ada. Mulut orang kita tak boleh nak kawal.

Che Ta kawin dapat tajaan 3 Juta pun orang bising, setakat 2k ni tak pelik la. Orang yang kawin takda hantaran ok je, bahagia je

13. “Ok balik kisah adik aku tadi memang dia sedih tak jadi nikah tapi nak buat camna.”

Iya, memang sedih. Tapi bukan salah adik kamu, dan bukan salah doktor. Kamu dah kawin, sepatutnya kamu lebih faham tentang psikologi.

Kalau adik kamu depressed, kamu yang bertanggungjawab.

Dah ada orang berminat tu alhamdulillah la, orang lain punya la susah nak dapat pasngan.

Kamu pentingkan adik kamu bahagia atau hantaran tinggi?

Ni penutup, hadam abis2 hadis Nabi SAW ni “Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya dia dicukupkan oleh Allah dari perbelanjaan manusia dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan rela manusia nescaya ia diserahkan oleh Allah kepada manusia.”

Sumber:budaksitu

Be the first to comment on "Ingat Kawen dgn Doc ni, Hantaran Dapatlah Tinggi, Sekali bg RM2k je, Bakhil Punya Doktor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*