Gurauan Ryzal Dik3cam Netizen.Sekali Ryzal Duriankimchi Kena Sound Dgn Sharnaaz Ahmad

Pelakon Faye Kusairi dan Sharnaaz Ahmad antara selebriti yang meluahkan kekesalan terhadap video biadab yang dimuatnaik oleh personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim yang popular dengan saluran Duriankimchi.

Kata Faye, sebagai anak Sarawak, tindakan Ryzal menggelarkan pakaian tradisional negeri itu telah mengguris hatinya.

“I am a proud Sarawakian and of course, saya terguris juga.

“Tau tak “kain buruk” yang awak cakap tu originally handmade and it takes a specific someone to dream about the design first.

“Lepas tu dia akan ke hutan mencari bahan untuk warnakan corak benang tu untuk ditenun and only yang dapat mimpi tu je mampu tenun based on her memory.

“Begitu majistik “kain bu.ruk” yang awak cakap tu. Ini baru cerita pasal kain.. belum lagi lain-lain,” kata Faye.

Jelas Faye lagi, kaum Dayak di Sarawak antara kaum yang menghormati masyarakat setempat dan tidak menghina budaya orang lain.

“Jarang sekali saya dengar kaum Dayak Sarawak mempermainkan atau mempersenda apatah lagi menghina adat dan budaya kaum lain.

“Mereka yang dikatakan “kuno” ni lagi pandai hormat orang lain yang jauh lagi “urban” dari mereka.

“Hati-hati bila bergurau dan jadilah lebih berhati hati bila dah popular,” nasihatnya.

Sementara itu, bagi Sharnaaz komen yang dibuat oleh Ryzal telah mencalarkan nama penggiat seni kreatif tempatan.

“Hapuskan acah-acah artis taukua rendang yang membasikan nama baik penggiat seni tanah air yang berjuang demi karya dan periuk nasi.

“Ya betul sesetengah tu memang patut dibaling dumbell, tenga belakang. Tapi musibat seperti ini (Ryzal) dan semalam (Iman Troye) yang kunyitkan nama baik anak seni.

“Bakat bukan atas berapa ramai followers lu, tapi apa sumbangan lu pada dunia seni.

“Ryzal dan bini Korea hang, hormat itu budaya orang. Hang tahu budaya apa tak ni?” tulis Sharnaaz.

Ryzal pada Rabu telah berkongsi sepotong video merakamkan gelagat isterinya Maryam yang sedang bersiap-siap mengenakan pakaian tradisional suku kaum Iban yang terkenal di Sarawak.

Tindakan spontan Ryzal yang mengatakan busana tradisional itu seperti kain meja, alas televisyen tahun 70-an dan kain buruk mesin basuh telah mencetuskan ketegangan dan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.

Bagaimanapun, Ryzal tampil membuat permohonan maaf di Instagramnya dan menutup ruangan komen.

Ryzal sebelum ini pernah terpalit dengan penulisan komen kualiti kerjaya peguam susulan kes mahkamah Neelofa minggu lalu.

“Saya mohon maaf atas gurauan tidak cerdik”

TINDAKAN Instafamous, Ryzal Duriankimchi mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban menerusi video tular di media sosial sehingga membangkitkan kemarahan netizen.

Menerusi video tersebut, isteri Ryzal yang merupakan warga Korea Selatan, Maryam You Narae, 28, dilihat memakai busana tradisional itu, dipercayai berlaku di bilik mekap selepas ditata rias.

Klip video berdurasi hampir seminit itu dimuat naik Ryzal menerusi aplikasi InstaStory di akaun Instagramnya, menunjukkan dia menyamakan aksesori dan material busana tersebut seperti duit syiling, kain meja, alas TV, kain buruk, langsir, tikar dan tali pinggang pengakap.

“Syiling orang letak dalam poket, diorang letak kat sini.”

“Ini apa ni? Kain meja apa ni? Alas TV tahun 70an.”

“Ini kain buruk, letak mesin basuh yang ini.”

“Nak bagi orang tengok langsir dia cantik.”

“Ini apa ni? Tikar?”

“Ni tali pinggang pengakap.”

Tangkap layar video Ryzal memeriksa busana tradisional yang dipakai Maryam.

Rata-rata netizen mengecam tindakan Ryzal, 28, dan menyifatkannya sebagi tidak sensitif dan menghina pakaian tradisional kaum itu.

“Mamat Melayu yang kahwin dengan minah Korea tu berani hina pakaian tradisi orang Iban. Angkara label ‘alas TV tahun 70an’, ‘kain buruk letak mesin basuh’, ‘tikar’ dan ‘tali pinggang pengakap’ Duriankimchi mula dibenci?”

Saya mohon maaf atas gurauan yang tidak cerdik berkenaan dengan pakaian pakaian tradisional Iban. Saya kesal dengan gurauan yang tidak menghormati budaya itu

“Kenapa kutuk pakaian etnik Iban? Jujurnya, I suka tengok wanita Iban punya pakaian tradisional. Ryzal tu tak respek betul lah cakap kain buruklah apa lah.

“Kepada Ryzal! Sebenarnya pakaian kaum Iban ni unik dan cantik, orang bodoh je cakap pakaian ni kain lap buruk apa semua. Kau kena jelajah semua tempat baru kau judge pakaian tradisi kaum lain! Berani kau!” antara komen netizen.

Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim kemudian tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram miliknya.

Ryzal membuat permohonan maaf.

Pemuda berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk menghina pakaian tradisional itu, sebaliknya ia hanya dibuat sebagai gurauan.

“Saya minta maaf atas gurauan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam. Saya akui ia gurauan, bukan niat menghina tetapi saya faham ia isu sensitif kaum.

“Kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban, saya dahulukan permohonan maaf kerana gurauan yang tidak berasas dengan pakaian tradisional Iban,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ryzal turut memberitahu video yang dikongsikannya itu telah dipadamkan.

“Video story Maryam memakai pakaian itu saya telah pun tarik balik untuk menghormati kamu semua.

“Saya mohon maaf atas gurauan yang tidak cerdik berkenaan dengan pakaian tradisional Iban. Saya kesal dengan gurauan yang tidak menghormati budaya itu,” katanya.

Menerusi posting berasingan pada pagi Khamis, Ryzal turut memuat naik video permohonan maaf berhubung tindakannya itu.

sumber: mstar, astrogempak

Be the first to comment on "Gurauan Ryzal Dik3cam Netizen.Sekali Ryzal Duriankimchi Kena Sound Dgn Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*