KKM Tonjol Kontena Simpan May4t. “Sedarlah! Covid Itu Benar, Kematian Itu Benar”

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi twitter malam ini memuatnaik poster yang menonjolkan suasana dalam kontena khas bagi menyimpan may4t pesakit c0vid-19

Mesej itu diketengahkan dengan penekanan bahawa kematian akibat pandemik tersebut semakin naik mendadak.

Dalam masa yang sama, kes harian c0vid-19 juga terus melambung melebihi 7000 kes untuk temp0h tiga hari berturut-turut dengan 7857 kes setakat semalam.

Poster dengan kapsyen,”Sedarlah! Covid Itu Benar, Kematian Itu Benar” turut berserta imej petugas dengan berpakaian perlindungan diri (PPE)

Terdahulu, KKM memberitahu Hospital Selayang juga terpaksa menggunakan kontena khas bagi menyimpan jenazah selepas Hospital Sungai Buloh membuat demikian minggu lalu.

“Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 jenazah/mayat tambahan.” katanya.

Sebanyak 2491 kes kematian direkodkan akibat covid-19 setakat ini manakala 771 pesakit sedang dirawat di unit kawalan rapi (ICU) termasuk 392 daripadanya bergantung pada bantuan alat pernafasan.

Semakan Malaysia Dateline mendapati kes kematian meningkat 39 peratus dalam tempoh dua minggu sejak 13 Mei lalu iaitu dari 1788 kepada 2491 kes pada 27 Mei.

Sumber dipetik daripada Malaysia Dateline

Be the first to comment on "KKM Tonjol Kontena Simpan May4t. “Sedarlah! Covid Itu Benar, Kematian Itu Benar”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*