Nak keluar ketika total lockdown? Ini 14 perkara penting korang perlu tahu sebelum keluar rumah

LEBIH banyak sekatan jalan raya (SJR) akan dilakukan di seluruh negara bermula tengah malam ini berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan 800 SJR sepanjang tempoh dua minggu itu berbanding 600 SJR sebelum ini.

Beliau menjelaskan tujuan SJR itu adalah memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan memastikan orang ramai tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak.

“Kita wujudkan SJR untuk menyekat pergerakan daerah dan pergerakan negeri. SJR bergerak pula untuk mengawal pergerakan lebih radius 10 kilometer.

“Ada laluan-laluan yang akan ditutup terus. Oleh itu, pihak polis akan memeriksa setiap kenderaan dengan lebih teliti termasuk dokumen-dokumen yang dikemukakan.

“Kita tak nafikan akan berlaku kesesakan di SJR dan lokasi-lokasi tertentu, ini tidak dapat dielakkan. Justeru, orang ramai jika tak ada keperluan mendesak, tangguhkan pergerakan tersebut.

“Beri peluang kepada mereka dalam perkhidmatan perlu untuk melaksanakan tugas mereka. Anda perlu mengatur masa pergerakan masing-masing,” katanya pada sidang media khas, Isnin petang.

Dalam pada itu, Acryl Sani turut memberi nasihat dan peringatan sebelum orang ramai membuat keputusan untuk keluar rumah dan ketika melalui SJR sepanjang tempoh ‘total lockdown’:

1. Hanya dua orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian termasuk pemandu.

2. Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan termasuk pesakit bagi tujuan perubatan.

3, Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan e-hailing termasuk pemandu.

4. Pergerakan hanya dalalam radius 10 kilometer atau berdekatan dari lokasi kediaman bagi tujuan membeli barang keperluan dan perubatan serta penjagaan kesihatan.

5. Kes kecemasan dan kematian perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

6. Urusan suntikan vaksin tidak perlu mendapat kebenaran polis, tetapi perlu menunjukkan bukti janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

7. Semua sektor ekonomi yang dibenar operasi, perlu mendapat surat kebenaran pergerakan baharu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

8. Bagi sektor awam, petugas yang perlu bekerja di pejabat perlu mempunyai surat arahan daripada ketua jabatan.

9. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan atau tujuan kebajikan perlu melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

10. Bagi pembuktian alamat kediaman, individu boleh menunjukkan bukti menerusi kad pengenalan.

11. Individu juga boleh mengemukakan bil-bil utiliti seperti bil elektrik sebagai bukti sokongan.

12. Pasangan jarak jauh (PJJ) tidak dibenarkan untuk merentas negeri/daerah.

13. Rancang dan atur masa pergerakan masing-masing.

14. Beri kerjasama penuh kepada petugas seperti anggota PDRM ketika sekatan jalan raya bagi mengelak kejadian atau isu berbangkit.

Penuh Kereta Kat Toll, Sekali Catriona Ross ‘sekolahkan’ rakyat Malaysia nak ‘l0ckdown’ di kampung

PELAKON Catriona Ross meluahkan rasa marah terhadap sikap degil segelintir rakyat Malaysia yang dilihat berduyun-duyun pulang ke kampung sebaik kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ pada Jumaat.

Menurut Catriona atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 41, dia tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya melihat gambar kesesakan di lebuh raya utama negara seperti yang tular pada pagi Sabtu.

“Saya marah sangat sebab dah nak menjangkau 16 bulan negara kita berada dalam keadaan begini, kenapa masih ramai lagi yang seolah-olah tidak memahami apa yang terjadi dan diperkatakan?

“Apabila kerajaan umum lockdown, setiap kali itu juga keesokannya lebuh raya akan sesak.

“Dah tiada cara lain sebab itu saya buat video seperti yang dikongsikan di Instagram, saya harap ia sampai ke hati dan menjentik kesedaran semua,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sumber:mstar

Be the first to comment on "Nak keluar ketika total lockdown? Ini 14 perkara penting korang perlu tahu sebelum keluar rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*