Dollah Posmen Kembali Bekerja Kerana Dulu Pernah Dig4ntung Akibat Lastik Anjing

Pernah tular di media sosial dan dig4ntung kerja gara-gara kes4lahan melastik mata seekor anjing peliharaan di rumah pelanggan, petugas Pos Malaysia, Dollah posmen dikhabarkan sudah kembali menyarungkan semula baju uniform posmen dan bertugas seperti biasa.

Khabar berita gembira itu telah dikongsi oleh aktivis sosial serta selebriti pelawak terkenal Malaysia, Shahrol Shiro, 37 tahun menerusi memuat naik foto swafoto beliau bersama Dollah posmen di laman Instagram miliknya.

“Terserempak dengan Dollah posmen yang pernah viral dahulu lastik anjing kini sudah menyarung kembali baju posmen.

“Mulut beliau tidak berhenti melafazkan syukur atas bantuan serta doa-doa dari semua pihak yang meminta agar beliau tidak diberhentikan kerja,” tulis Shahrol yang terserempak dengan posmen Dollah di sebuah lokasi di Kluang, Johor

Dalam pada itu, Shahrol sebelum ini dikatakan pernah menjadi ‘orang tengah’ untuk meredakan keadaan tegang yang berlaku antara Dollah posmen dengan pemilik anjing Sivakumar Marimuthu. Beliau membawa Dollah berjumpa dengan Sivakumar bagi saling memohon maaf atas insiden yang berlaku.

Semoga abang Dollah posmen terus memberikan perkhimatan yang terbaik untuk Pos Malaysia dan mengambil pengajaran atas kesalahan insden yang telah berlaku pada Februari lalu.

Sumber Dipetik Dari Vocket

Be the first to comment on "Dollah Posmen Kembali Bekerja Kerana Dulu Pernah Dig4ntung Akibat Lastik Anjing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*