Pengacara Ain Edruce Mula Meng4muk Di Aplikasi Tikt0k! “Alright tak alright sis”-Netizen

Nampaknya selepas hampir dua minggu menjadi seorang ibu, pengacara Ain Edruce sudah mula mengamuk di aplikasi TikTok!

Ain yang sebelum ini terkenal dengan video bersahaja semasa sarat mengandung tetap tidak berehat untuk membuat video baharu di aplikasi tersebut.

Kali ini apa yang melucukan ialah video yang dihasilkan oleh Ain itu membawa maksud bahawa beliau sudah lama tidak mendapatkan tidur yang lena memandangkan perlu berkorban masa demi anak sulungnya itu.

Maklum lah, bila ada anak kecil ni mesti lah perlu korban masa tidur untuk menjaganya kan lebih-lebih lagi sekarang ni pun Ain masih lagi dalam tempoh berpantang.

Seperti biasa, setiap video yang dilakukan oleh Ain pastinya membuatkan peminatnya terhibur, ditambah pula dengan mimik mukanya yang dilihat seperti tak cukup tidur.

Dalam masa yang sama, ada juga antara mereka yang sedang mengalami perkara sama seperti Ain iaitu simptom kurang tidur semasa menjaga anak.

Nanti lama-lama mesti Ain dah terbiasa kena bangun pagi-pagi bagi susu atau tukar pampers anak kan.

Lepas ni dah boleh lah Ain buat TikTok dengan baby tu kan, tak sabar rasanya nak tengok anak-beranak ni!

Sumber foto dan video: TikTok dan Instagram Ain Edruce

Be the first to comment on "Pengacara Ain Edruce Mula Meng4muk Di Aplikasi Tikt0k! “Alright tak alright sis”-Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*