“Aku Pakai PA Untuk Ambik Air Je” IG Live Sharnaaz Ahmad Dan Shukri Yahya Dikatakan P3rli Noor Kartini?

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai ibu kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Noor Kartini yang secara tidak sengaja telah memuat naik instastory mempersoalkan sistem perlembagaan di Malaysia dengan melibatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tanpa menyedari beliau telah menggunakan akaun rasmi miliknya.

Tampil membalas desas-desus yang tvlar, Noor Kartini memberitahu bahawa perkara tersebut berlaku bukan lah dilakukan olehnya, ia berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerjanya yang mempunyai akses kepada sosial media (Instagram) milik beliau.

Malah satu laporan polis juga telah dibuat oleh beliau di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan perkara itu telah mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar.

Di dalam kehangatan desas-desus perkara itu, bekas menantu kepada Noor Kartini iaitu Sharnaaz Ahmad dilihat turut tampil ‘memb4han’ isu itu bersama rakan karibnya Shukri Yahya secara live.

Jika melihat kepada video tersebut, Shaarnaaz dan Shukri dilihat saling ketawa sambil memerli mereka juga memakai PA untuk melakukan sesuatu.


Lihat reaksi-reaksi netizen di komen tiktok:

Sumber:news media online

Be the first to comment on "“Aku Pakai PA Untuk Ambik Air Je” IG Live Sharnaaz Ahmad Dan Shukri Yahya Dikatakan P3rli Noor Kartini?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*