Kilang vape dik0mpaun RM10,000

Shah Alam: Polis Shah Alam mengenakan kopaun ke atas dua kilang di sini yang didapati mlangg4r prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh (SSP) fasa pertama yang bermula 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata,

setiap kilang masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 ketika operasi pemantauan bermula 1 Jun sehingga semalam.

“Kilang pertama yang dikompaun adalah kilang memproses rokok elektronik (vape) yang memang tidak dibenarkan beroperasi kerana bukan ‘essential’ tetapi masih beroperasi seperti biasa.

“Kilang kedua pula, ketika serbuan dibuat, kakitangan bekerja melebihi jumlah 60 peratus kehadiran pekerja yang ditetapkan. Ini kilang memproses makanan dan perkhidmatan pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang media selepas Operasi Khas Pemantauan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 SSP fasa pertama IPD Shah Alam bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan CIDB di Eco Ardence dan Sun Suria, Setia Alam, di sini semalam.

Mengulas mengenai keseluruhan pemantauan katanya, sehingga kini pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 23 kilang dan empat tapak pembinaan dalam kawasan pentadbiran IPD Shah Alam.

“Pemantauan pematuhan di tapak pembinaan serta kilang-kilang di Shah Alam dijalankan secara mengejut bagi memastikan SOP sentiasa dipatuhi oleh pihak pemaju dan kilang.

“Ini selaras dengan ketetapan pengoperasian dan pembinaan di kilang dan tapak projek hanya boleh dijalankan apabila mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti),” katanya.

Sementara itu katanya, setakat ini sejumlah 17 kopaun dikeluarkan di dua sekatan jalan raya statik iaitu SJR Plaza Tol Bukit Jelutong dan SJR Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 26.

“Antara k3sal4han yang kita dapati adalah melebihi kapasiti kenderaan dengan nilai k0paun dikenakan RM2,000 setiap penumpang,” katanya.

Be the first to comment on "Kilang vape dik0mpaun RM10,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*