MUA Bellaz Tunjuk Mekap Ala2 ‘Makanan Ringan’, Casing Telefon Juga Yang Menarik Minat Ramai.

Pengguna media sosial terutamanya wanita pasti mengenali jurumekap atau MUA Bellaz kerana sering membuat live Facebook tutorial mekap buat para peminat.

Influencer tersebut juga kerap menunjukkan cara mekap dengan betul dan tak lokek memberitahu teknik-teknik yang boleh diaplikasikan oleh wanita ke atas wajah mereka.

Sejak kebelakangan ini, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini sering menunjukan mekap ala-ala makanan ringan seperti biskut Oreo, Boba Tea dan juga aiskrim Paddle Pop.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

Sudah tentu video tutorial mekap berkenaan mendapat perhatian warganet kerana terlihat begitu comel dan kemas serta sangat ‘melambangkan’ makanan dan minuman ringan tersebut.

Suami juga setia menyokong isteri dengan sama-sama bergambar bergaya mengikut warna makanan serta minuman ringan tersebut dan sedondon dengan isteri.

Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen di media sosial MUA Bellaz dengan memuji mekap yang digayakan oleh infleuncer tersebut.

Mereka juga terasa lapar melihat mekap MUA Bellaz yang seperti aiskrim dan biskut Orea itu. Kreatif sangat!

Sumber: OMM

Be the first to comment on "MUA Bellaz Tunjuk Mekap Ala2 ‘Makanan Ringan’, Casing Telefon Juga Yang Menarik Minat Ramai."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*