“Prihatin Ba Rakyat Malaysia Ni” Jemur Kain Lap Warna Putih Kat Luar, Tak Sampai 40 Minit Jiran Datang Nak Bagi Bantuan Sebab Ingatkan ‘Bendera Putih’

Kempen bendera putih yang dilancarkan netizen semakin mendapat sambutan akhir-akhir ini. Tak kira di mana saja, pasti ada individu yang terpksa kibarkannya di depan rumah sebagai tanda memerlukan bantuan.

Syukur Alhamdulillah. Ini tandanya rakyat Malaysia sangat prihatin serta cakna dengan keadaan semasa. Namun apa yang terjadi dalam kisah di bawah ini agak menghiburkan hati.

Seorang warga FB, Annie Sait berkongsi pengalaman menariknya dalam group Lupa Apa Hari Ini semalam tentang isu bendera putih. Jom ikuti perkongsian ini.

Dalam perkongsian dalam itu, Annie menulis kisahnya seperti di bawah.

*hantaran ditulis dalam dialek Sabah

Baru 40 minit aku sidai ni kain lap di jendela tiba-tiba ada jiran bagi salam depan jendela. Pelik aku ingat runner ka atau budak-budak J&T hantar barang atau collect barang, sedangkan pagi tadi suda datang.

Tapi aku heran perempuan bagi salam, anggap jak la sisku jual kek. Sekalinya dia tanya “Ok ka juga sis apa perlu bantuan?” Ya Allah terharunya.

Sis sorry saya jemur kain lap, sis lupa pulak pasal kempen kibarkan bendera putih tu..” Terbaik ba jiran-jiranku d sayang kamu ne, TQ sebab prihatin.

Npa apa la aku jemur di dapur la ne risau kita nanti ramai lagi yang bagi salam. Terbaik semua..abaikan warnanya ya, begitu laitu kalau colour kain lap segala minyak di dapur.

Prihatin ba rakyat malaysia ne.

Dalam pada itu, Annie menjelaskan di ruangan komentar tentang keadaan rumahnya, bagaimana jiran itu boleh ternampak kain jemuran tersebut.

“Saya bersyukur dapat jiran yang prihatin dan sangat cakna dengan keadaan sekeliling walaupun benda tu bukan bendera, hanyalah kain lampin dijadikan kain lap digantung untuk dijemur. Tapi jiran saya sangka saya letak tanda sebagai mohon bantuan pulak. Saya tak kenal dia dan bukan jiran setangga atau sebelah pintu, kebetulan dia lalu depan rumah. Sebab rumah saya tingkat bawah, senanglah nampak apa yang kita jemur. Jiran kawasan rumah saya sangat prihatin dan rajin menolong, terima kasih.”

Menerjah ke ruangan komentar, ramai netizen yang terhibur dengan cerita ini. Namun di sebalik ‘gelak tawa’ itu, mereka akui bahawa sifat keprihatinan rakyat Malaysia sangat tinggi. Jom kita baca apa kata netizen.

Sumber:motif viral

Be the first to comment on "“Prihatin Ba Rakyat Malaysia Ni” Jemur Kain Lap Warna Putih Kat Luar, Tak Sampai 40 Minit Jiran Datang Nak Bagi Bantuan Sebab Ingatkan ‘Bendera Putih’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*