Awan Berbentuk Burung Raks4sa Muncul Di Langit! Surah Al-Jathiyah Ayat 3 Jelaskan Perkara Ini

Tidak dinafikan, kekuasaan Allah taala dapat dilihat dengan jelas melalui alam semulajadi. Terdapat banyak fenomena alam terjadi di seluruh dunia sama ada kita sedar mahu pun tidak. Malah setiap kali muncul hal-hal dilihat seakan mist3ri di dada langit, kita mengaitkannya dengan perkara-perkara mist1k atau aspek lain.

Pada hal Al-Quran yang diturunkan sejak 1400 tahun dahulu, sudah menceritakan segala-galanya mengenai langit dan bumi.

Dalam surah Al- Jathiyah ayat 3 menyebut:

اِنَّ فِى السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ لَاٰيٰتٍ لِّلۡمُؤۡمِنِيۡنَؕ‏

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Tahukah, beriman dengan dengan perkara gh4ib antara ayat yang banyak disebut di dalam al-Quran, malah ia juga terkandung dalam Rukun Iman.

Dalam perkongsian Sinar Harian, pendakwah, Ustaz Hanafiah Abd Malek berkata, ia penting kerana banyak perkara gha1b telah dibuktikan oleh sains yang menunjukkan kekuasaan dan keesaan ALLAH SWT.

Jelas Ustaz Hanafi, antara contoh perkara gha1b itu adalah ALLAH SWT, syurga dan ner4ka serta iman yang semuanya tidak boleh dilihat.

“Begitu juga dalam Rukun Iman iaitu percaya kepada ALLAH, malaikat, qada dan qadar serta hari ki4mat (semuanya perkara gh4ib), kecuali percaya kepada kitab (al-Quran) yang nyata. Begitu juga Rasul, ia perkara nyata,” jelas beliau.

Jika kita seorang yang beriman, kita tentu mempercayai apa saja perkara-perkara yang ditunjukkan oleh Allah taala dan bukan mengaitkannya dengan perkara m1stik atau t4hyul.

Begitu jugalah, kemunculan pembentukan awan aneh yang berlaku membentuk Pheonix di di Fuzhou, Fujian, China awal tahun ini sebanyak dua kali. Malah bukan di Fuzhou saja, banyak pembentukan awan aneh terjadi di seluruh dunia. Pernah berlaku pPembentukan awan aneh yang disebut sebagai awan lentikular di mana awan kelihatan berbentuk kanta atau piring. Fenomena ini biasanya berlaku di puncak gunung. Begitu juga pernah berlaku awan seri pagi di Teluk Carpentaria di Australia yang bentuknya seakan menari-nari. Pembentukan awan aneh ini biasanya berlaku akibat udara laut dari dua arah bertemu dan membentuk kesan silinder berpusing.

Jadi tentunya pembentukan awan berbentuk burung Pheonix ini pastinya adalah fenomena biasa. Namun burung ini pastinya agak istimewa kerana banyak negara menjadikan lambang burung ini sebagai jata negara mereka terutama Indonesia dan beberapa buah negara lain.

Lagenda Burung Pheonix

Kisah burung Phoenix ini disebut juga sebagai Garuda menjadi antara misteri yang membingungkan lantaran tercetus persoalan sama ada burung raksasa itu benar-benar wujud pada zaman dulu tetapi sudah pupus pada hari ini atau ia sekadar mitos khayalan yang kekal meniti sejarah.

Sekiranya cerita Phoenix atau panggilan nama lain hanya sekadar mitos, persoalan mengenai hakikat kewujudannya menjadi semakin pelik lantaran mitos burung raksasa berkuasa mist1k itu dipercayai dalam banyak budaya masyarakat berlainan negara, malah berasingan benua.

Selain Malaysia, kepercayaan terhadap Garuda turut dipercayai di India, Indonesia, Mongolia dan Thailand.

Burung raksasa mist1k itu juga turut dipercayai masyarakat Jepun, Russia, China serta negara Barat tetapi dikenali dengan nama lain, antaranya Pheonix, Karura, Khangarid dan Firebird.

Simbol negara

Malah, ada kerajaan tertentu menjadikan burung raksasa itu sebagai simbol atau jata negara, antaranya Indonesia, Thailand dan Mongolia, seolah-olah makhluk itu memang pernah wujud di dunia ini dan dipercayai turun-temurun dalam budaya penduduk negara berkenaan.

Sejarah kepercayaan terhadap Garuda di Tanah Melayu dipercayai berasal daripada kisah yang diceritakan dalam manuskrip purba Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah.

Mengikut cerita, pada masa dulu, Garuda bersarang di Pulau Langkapuri (kini Langkawi).

Apa pun kepercayaan kita, ingatlah Allah lebih mengetahui segala-galanya. Paling penting, setiap tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi ini dihuni oleh makhluk ciptaan Allah sama ada kita nampak atau pun tidak. #SinarUntukMalaysia

Sumber:newzpower

Be the first to comment on "Awan Berbentuk Burung Raks4sa Muncul Di Langit! Surah Al-Jathiyah Ayat 3 Jelaskan Perkara Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*