Kematian Yang Dicemburui Menghembuskan Nafas Terakhir Ketika Membaca Al-Quran

Kemat1an yang dicemburui dan amat menyentuh hati apabila menghembuskan nafas terakhir ketika membaca kalam Allah.

Itu pengakhiran mulia seorang huffaz dan guru al-Quran terkenal di Nazilli, Turki, Mehmed Ali Seflek Hodja, 96, yang menjadi bualan ramai.

Jenaz4hnya ditemui dalam keadaan kepalanya terbaring di atas halaman muka surat al-Quran, akibat ser4ngan j4ntung malam Selasa lalu.

Memetik portal Haberurfa, warga emas itu sememangnya uzur akibat faktor lanjut usia.

Sepanjang hayatnya, Seflek mengabdikan dirinya dalam mengembangkan ilmu al-Quran dengan menjadi tenaga pengajar kepada ribuan pelajar.

Kemat1an Seflek turut mendapat perhatian artis dan penyair, Dursun Ali Erzincanlı yang pernah memenangi hati jutaan orang daripada karya cinta nabi, yang menzahirkan duka cita atas kematian Seflek.

“Permata berharga Nazilli, Ali Şeflek kembali kepada pencipta semasa membaca al-Quran.

“Semoga syurga tempatnya,” katanya.

Seflek dikebumikan di tanah perkvburan Eğriboyun selepas solat jen4zah di Masjid Koca, Nazilli.

Akhir Kata

Semoga yang membaca ini juga mati dalam keadaan husnul khotimah.aamiin.

Sumber Dan Rujukan

Lakar Media

Be the first to comment on "Kematian Yang Dicemburui Menghembuskan Nafas Terakhir Ketika Membaca Al-Quran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*