Simpan Doa Ini Untuk Digunakan Bila Perlu,Doa Memohon Agar Dipulangkan Barang Yang Dicvri

Kecvrian barang mungkin sudah biasa sangat di zaman sekarang. Dulu-dulu- Semasa di asrama selalu juga terkena. Hilang selipar sebaik solat berjemaah di surau, hilang kain baju di ampaian and hilang barang-barang peribadi di dorm dianggap asam garam biasa di asrama.

Semasa saya menyewa di Kuala Lumpur pun, saya pernah mengalaminya dan paling saya terk1lan- Dompet yang dicuvri (ya, dicu ri oleh penghuni dalam rumah tu sendiri) mengandungi hampir separuh gaji saya yang dikeluarkan untuk membayar hutang, kad-kad bank, kad pengenalan dan yang paling saya tak halalkan adalah rantai leher saya pemberian emak yang putvs menunggu dibawa ke kedai emas.

Sampai sekarang pun, kalau saya teringat rantai emas tu, saya akan berasa sangat bers4lah dengan emak dan terdetik-detik nama dan wajah orang yang mengambil tu. Allahu. Bukan tak redha… Tapi perbuatan tu sangat bo doh dan orang yang tak tahu dos4 pahala je yang sampai hati buat macamtu.

Wang dan kad-kad tu tidak lagi saya kenangkan. Jauh di sudut hati, moga ada bantuan Allah untuk kembalikan semula rantai emas yang terukir nama saya tu.

Saya ada terbaca satu kaedah dan pendekatan doa bagi ikhtiar untuk mengembalikan barang yang dicv ri.

1. Sebelum membaca doa, bayangkan wajah orang yang mengambil barang tersebut. (Bukan untuk menuduh,ya) Kalau tidak pasti atau tidak cam, bayangkan sahaja wajah orang secara umum.

2. Baca ayat dari surah Ar-Ra’d ayat 31 sebanyak 31 kali pada waktu tengah malam sebelum tidur. Sebelumtu, maafkanlah semua orang termasuk si pencu ri tersebut dan niat kita hanyalah memohon agar barang tersebut dikembalikan. Insya Allah, dengan izin Allah barang tersebut akan kembali dipulangkan.

Doa

Nampak macam magic, ya. Tapi kuasa Allah, tiada siapa boleh menafikannya. Kalau Allah ‘kata’ jadi, maka jadilah sesuatu atas kehendaknya. Kita hanya berikhtiar. Lagipun Allah dah pesan doa orang teraniaya mudah didengari dan ditunaikan. Paling pasti, kena yakin dengan Allah.

Yang mencu ri tu pun- Senipis-nipis iman dia, dia akan rasa tangkai hatinya ‘dicuit’ dosa. Doakanlah

sumber:sehinggit

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Simpan Doa Ini Untuk Digunakan Bila Perlu,Doa Memohon Agar Dipulangkan Barang Yang Dicvri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*