[Video] Penerima 2 Dos Akan Terima Berita Baik Selepas Aidiladha. Ini Kenyataan Dari Menteri Ismail Sabri

Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran kepada individu yang telah lengkap dua dos sunt1kan vaks1n COV1D-19 selepas Hari Raya Aidiladha, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkara itu sedang diteliti jawatankuasa teknikal bagi memastikan jenis kelonggaran yang akan dibenarkan kepada golongan itu.

“Kita juga sedang mengkaji sektor perniagaan mana yang boleh dilonggarkan. Perkara ini kita sedang teliti,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan inisiatif MINDEF Prihatin di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Ketika ditanya nasib mereka yang tidak boleh divaks1n atas faktor kesihatan, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, mengenai cadangan menaikkan kompaun kepada kilang yang melanggar SOP, Ismail Sabri berkata kadar itu tertakluk kepada pindaan Ordinan Darurat.

Beliau berkata di bawah Ordinan Darurat, kerajaan sebelum ini telah menaikkan komp4un RM1,000 di bawah Akt4 342 kepada RM50,000.

“Darur4t akan tamat pada 1 Ogos ini dan kita (komp4un) akan kembali kepada RM1,000,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan melancarkan program ‘MINDEF Prihatin’ bagi membantu meringankan beb4n anggota dan veteran ten tera yang terje jas pendapatan ak1bat pandem1k COV1D-19.

Beliau berkata sumbangan daripada anak syarikat Kementerian Pertahanan, Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) dan sektor perbankan akan diagihkan dalam bentuk makanan asas serta ditempatkan di masjid untuk kegunaan mereka yang terje jas.

“Program ini kita luaskan bukan sahaja kepada anggota tetapi juga veteran dan orang ramai yang menghadapi kesus ahan. Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu rakyat bukan perkara baharu kerana sebelum ini ada program jiwa murni dan kita sentiasa prihatin dengan kesusahan rakyat,” katanya.

Video:

Sumber:TTK

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "[Video] Penerima 2 Dos Akan Terima Berita Baik Selepas Aidiladha. Ini Kenyataan Dari Menteri Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*