Ramai Yang Puji Amar Baharin,Ada Yang Kata Dia Artis Contoh.

usaha Amar Baharin dipuji ramai

Menghafaz al-Quran merupakan antara amalan yang mulia disisi Allah SWT. Di samping itu, ia juga memerlukan kaedah yang betul serta komitmen tinggi dalam mengingati ayat-ayat suci tersebut.

Kebelakangan ini, suami kepada aktres Amyra Rosli iaitu Amar Baharin yang juga seorang pelakon semakin menunjukkan minat untuk menghafaz pelbagai surah.

Perkara itu dapat dilihat berdasarkan posting di laman Instagram miliknya dimana sebelum ini, pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu telah berjaya menghafaz 30 ayat daripada surah Al-Mulk.

Hari ini, pelakon berusia 35 tahun itu memuat naik satu video terbaru di Instagram menunjukkan dia sedang membaca hafalan surah Al-Kahfi ayat 1-10.

Alunan bacaan al-Quran Amar itu kedengaran lancar dan bagus. Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen memberi reaksi kagum dan meninggalkan komen positif terhadap bacaan tersebut.

Terdahulu, Amar melangsungkan perkahwinan dengan Amyra pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Alunan bacaan al-Quran Amar itu kedengaran lancar dan bagus. Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen memberi reaksi kagum dan meninggalkan komen positif terhadap bacaan tersebut.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Amar Baharin (@amarbaharin)

Sumber Dan Rujukan

Instagram Beliau

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Ramai Yang Puji Amar Baharin,Ada Yang Kata Dia Artis Contoh."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*