Kahwin Umur 18 Tahun. Waniita Pilih Hidup Susah Bers4ma Su4mi Tak Hirau Dihiina Niaga Pasar Malam, Berkat Menabung Kini Tersenyum

KEPUTUSAN wanita ini untuk mendirikan rumah tangga ketika berusia 18 tahun ternyata tidak semudah yang disangka.Mengimbas kisah perkahwinannya pada tahun 2014, Noor Addina M. Yusof @ Nawawi, 26, mengakui turut mendapat tentangan segelintir pihak.Namun katanya, dia dan suami, Wan Mohamad Ezzat Ameer Wan Ariffin, 29, tetap yakin dengan ketentuan takdir biarpun terpksa hidup dalam keadaan susah.

“Saya berkenalan dengan suami menerusi Facebook. Kami berdua dari Kelantan. Saya di Tanah Merah, suami pula orang Pasir Mas.

“Pada waktu itu saya sedang melanjutkan pengajian di Kota Bharu. Saya belajar enam bulan, kemudian berhenti sebab nak kahwin.

“Masa tu ada orang cakap

kami tiada masa depan. Sebab suami pun kerja sendiri je. Kami bukan orang berada.“Tapi saya pilih untuk hidup susah dengan suami,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Dyna, dia dan suami dikurniakan cahaya mata pertama selepas setahun berkahwin, memaksa mereka bekerja lebih keras untuk menampung kehidupan.Kata Dyna, usahanya berniaga pasar malam turut mendapat krit1kan segelintir individu, namun dia tak pernah sesekali berkecil hati dengan apa yang berlaku.

“Alhamdulillah. Sekarang kami ada dua orang anak, umur tujuh dan dua tahun. Anak pertama lahir selepas setahun kami kahwin.

Bermula dengan motor, kemudian kereta Wira, sekarang dapat beli Mercedes.

“Jadi masa tu kami kena usaha lebih, saya tak nak anak hidup susah. Kami berniaga pasar malam. Kami jual baju, jual kuih, jual selipar dan macam-macam lagi.

“Saya terpaksa kuat demi anak. Orang kata kepada saya, berapa sen je untung berniaga pasar malam? Tapi saya ambil sebagai pembakar semangat.

“Masa tu kami naik motor je. Kemudian pada tahun 2016 kami beli kereta Proton Wira,” imbasnya lagi.

Dyna berkahwin pada usia 18 tahun.

Selain berniaga pasar malam, Dyna turut berniaga produk kosmetik selama lima tahun sehinggalah dia berjaya mengeluarkan produk jamu moden jenama sendiri yang dilancarkan Isnin lalu.

Lebih manis, Dyna dan suami berjaya membeli sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz sekitar dua minggu lalu yang dianggap sebagai satu pencapaian bermakna buat mereka.

“Saya berniaga produk orang selama lima tahun. Ambil masa yang lama untuk senang. Dengan duit itu dan duit pasar malam, kami menabung.

“Bermula dengan motor, kemudian kereta Wira, sekarang dapat beli Mercedes. Orang kata saya berniaga tak nampak hasil.

Dyna dan suami pernah hidup susah sebelum mengecapi kesenangan hari ini.

“Sekarang Allah beri rezeki kepada kami,” ujarnya yang memasang impian untuk mengedarkan produknya ke serata Malaysia.

Kisah perjalanan hidup Dyna dan suami turut dikongsi dalam bingkisan video di TikTok sehingga ia tular dan meriah perhatian ramai.

Video,

Sumber:Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Kahwin Umur 18 Tahun. Waniita Pilih Hidup Susah Bers4ma Su4mi Tak Hirau Dihiina Niaga Pasar Malam, Berkat Menabung Kini Tersenyum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*