Subhanallah, Kisah Setelah Makcik Memeluk Islam, Beliau Telah M3wakafkan 2 Ekar T4nah Untuk Membina Surau Dan Juga Perkvbur4n Orang Islam

Ini adalah kisah seorang wanita yang kami panggil dengan nama Makcik Norlianti.

Setelah memeluk Islam, beliau telah mewakafkan tanah 2 ekar miliknya untuk dibinanya surau. Inilah satu-satunya surau di sepanjang sungai ini. Surau Amal At-Taqwa, Kampung Kelid, Dalat. Bersebelahan dengan surau tersebut, diperuntukkan sebidang tanah untuk perkubvr4n orang Islam.

Ini kisah lanjut pasal Makcik Norlianti

Makcik Norlianti. Inilah isteri Pakcik Sinang. Satu lagi kisah kehidupan hebat yang menginsafkan buat diri saya.

Anak jati Kampung Kelid, Dalat. Bertemu jodoh dengan Pakcik Sinang dalam industri pembalakan. Beliau bertugas sebagai tukang masak, manakala Pakcik Sinang pula sebagai tukang potong kayu. Takdir Allah sungguh cantik. Perkahwinan ini menjadi pintu baginya memeluk agama Islam.

Peribadinya seorang yang ceria. Ketika ceramah kesihatan, suasana sentiasa ceria disebabkan celotehnya menjawab soalan penceramah.

Di kampung ini, sekiranya seseorang men1nggal dunia, urusan jen@zahnya tidak dapat dilakukan dengan serta merta. Jen@zah perlu dibawa menaiki bot jauh ke tempat lain, minimum sejam perjalanan. Hal ini kerana tiada kemudahan untuk mengurus jen@zah. Tanah perkub0ran pun tiada.

Hal ini berubah kerana sensiviti wanita ini terhadap keperluan masyarakat Islam di sini.

Beliau telah mewakafkan tanah 2 ekar miliknya untuk dibinanya surau. Inilah satu-satunya surau di sepanjang sungai ini. Surau Amal At-Taqwa, Kampung Kelid, Dalat. Bersebelahan dengan surau tersebut, diperuntukkan sebidang tanah untuk perkub0ran orang Islam.

Betapa besarnya ganjaran pahala beliau.

Seluruh ahli keluarganya juga terlibat sekali. Suaminya dan anaknya menyelesaikan urusan dengan pejabat tanah, pembelian dan persediaan bahan binaan. Anaknya kini merupakan pengerusi AJK surau tersebut.

Malah, setiap kali ada majlis masyarakat di surau, beliau dan ahli keluargalah yang menguruskan semua keperluan. Beliau menggunakan botnya sendiri untuk kegunaan kami sepanjang keberadaan kami di sana

Kami tidak pernah lapar di sana. Beliau dan masyarakat wanita kampung memasak bersama-sama dan menjamu kami dengan hidangan istimewa. Semua bahan masakan adalah organik. Sayur rebung, midin, udang, jagung, cucur udang. Semuanya fresh

Sumber:sembangdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Subhanallah, Kisah Setelah Makcik Memeluk Islam, Beliau Telah M3wakafkan 2 Ekar T4nah Untuk Membina Surau Dan Juga Perkvbur4n Orang Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*