“Al-Fatihah Anak Syurga Saya” perkongsian seorang ibu mengenai Anak yang dikandungkannya 9 bulan sempat hidup 30 minit sahaja.

Ibu mana yang tidak patah hati apabila anak yang dikandungkan selama 9 bulan telah pergi untuk selama-lamanya. Lebih pilu, anak itu hanya mampu bertahan hiduvp di dunia ini selama 30 minit sahaja selepas dilahirkan.

Itulah yang dialami oleh Puan Rosenani pada tahun lalu di mana bayi perempuannya meni1nggal dunia tidak lama selepas dilahirkan. Menerusi perkongsiannya groupFacebook ‘Sharing Ibu Czer (SIC)’, dia menceritakan kembali kisah sedih yang dialaminya itu dan memohon doa dari orang ramai.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini

40 week 4 hari saya bawa kandungan yang sempurna sangat-sangat aktif anak dalam perut saya. Tapi tak jangka lahir je dia ke dunia pada tanggal 7/10/2020 hanya berbekalkan masa 30 minit je dia sempat berny4awa. Lepas tu dia pergi tinggalkan saya selamanya.

Anak syurga saya, anak no 2. Nur aisyah nama di beri. Baju putih tu pun saya tak sempat nak pakaikan pada anak saya tu. Wajah dia pun tak sempat saya tatap. Bersalin Czer, takpe lah saya redha.

Sebenarnya saya tahu lama yang anak saya ada masalah sejak dari dalam perut lagi. Doktor pun dah bagi tahu awal-awal. Pada mulanya saya down t3ruk tak boleh terima. Tapi atas sokongan family, kawan-kawan dan suami saya kuat lalui semua.

Al fatihah anak syurga saya

Bercerita lebih lanjut kepada SK, Puan Rosenani mengatakan bahawa bayi perempuan yang diberi nama Nur Aisyah itu pada awalnya telah dikesan mempunyai masalah tempurung kepala yang tidak menjadi. Dalam erti kata lain, bayinya itu akan dilahirkan tanpa tempurung kepala. Difahamkan, dia sepatutnya telah menggu gurkan bayinya itu pada minggu ke-30 atas saranan dari doktor tetapi sebaliknya berlaku.

“Kuasa Allah dia taknak keluar time tu, cukup 40 minggu 4 hari baru dia keluar melalui Czer,” katanya. Menurutnya lagi, sebelum melakukan proses Czer tersebut, dia telah ikhtiar untuk bersalin secara normal melalui kaedah memasukkan ubat tetapi setelah empat botol ubat dimasukkan, bayinya masih tidak mahu keluar.

“Anak dah lahir pun saya tak dapat tatap dia, doktor bawa lari taknak tunjuk pada saya dan diberitahu bahawa dia telah meningg4l dunia,” katanya. Semoga Puan Rosenani terus diberikan ketabahan dan semoga arwah bayinya ditempatkan di syurga.

Sumber: siakap keli via majalahharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "“Al-Fatihah Anak Syurga Saya” perkongsian seorang ibu mengenai Anak yang dikandungkannya 9 bulan sempat hidup 30 minit sahaja."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*