Lelaki 52 Tahun Berjalan Dari UK Ke Mekah Untuk Tunai Haji, Sehari Jalan 17.8 KM

Sekarang ni, perjalanan untuk ke luar negara amatlah mudah. Kita hanya perlu beli tiket kapal terbang dan kemudian tunggu hari untuk berangkat dan kita akan sampai ke destinasi dalam masa beberapa jam.

Namun, buat seorang lelaki di United Kingdom ini pula, dia nekad untuk berjalan untuk ke Mekah dari UK untuk menunaikan haji. Menurut Arab News, lelaki yang dikenali sebagai Adam Mohamed itu memutuskan untuk berjalan dari rumahnya di Wolverhampton untuk ke Arab Saudi.

Secara purata, dia perlu berjalan sejauh 17.8 kilometer setiap hari supaya dapat sampai di Mekah sebelum bermulanya musim haji tahun hadapan memandangkan keseluruhan perjalanan adalah sejauh 6,500 kilometer. Kita jalan lima km je dah semput, memang power la dia ni.

Dalam temuramahnya dengan Arab News, Adam mengatakan dia dapat inspirasi untuk memulakan perjalanan pada suatu hari setelah bangun. Dia juga berdoa agar Allah swt memaafkan semua umat manusia tak kira agama dan kaum.

Yang hebatnya, Adam yang berasal dari Iraq-Kurdish turut menolak troli yang dibina khas untuknya sepanjang perjalanan itu. Difahamkan, ayat-ayat bacaan Islamik dikumandangkan dari pembesar suara yang diletakkan di troli itu. Troli itu juga merupakan tempat berehatnya.

Kisah perjalanannya ini juga turut dikongsikan menerusi YouTube Channel Peace Journey from UK to Mecca. Korang boleh ikuti perjalanannya yang bermula pada awal Ogos lalu kat situ.

Adam juga mengatakan perjalanannya itu adalah untuk menyebarkan mesej keamanan untuk semua. Ketika artikel ini ditulis, dia dikatakan telah berada di Belanda. Sejak kisahnya ini tular di TikTok, ramai penduduk di negara yang dilaluinya telah datang untuk bertemunya.

Namun, berjalan dari UK ke Mekah bukanlah yang sesuatu yang asing sebab sebelum ini, lelaki yang dikenali sebagai Farid Feyadi pernah melakukan hal yang sama pada tahun lepas, lapor Daily Sabah.

Semoga kisahnya ini akan memberi inspirasi jugak pada kita semua untuk mulakan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain.

Sumber: Arab News

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Lelaki 52 Tahun Berjalan Dari UK Ke Mekah Untuk Tunai Haji, Sehari Jalan 17.8 KM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*