Aishah syukur bebas C0vid19, seronok dapat balik selepas 12 hari di hospital – “Dua tahun duduk rumah, Allah nak jadikan, kena juga”

SELEPAS 12 hari mel4wan C0.vid-19, penyanyi Aishah melahirkan rasa syukur apabila dibenarkan pulang ke rumah pada Jumaat.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya sepanjang dirinya dij4ngkiti w4bak itu.

Menurut penyanyi berusia 56 tahun ini, biarpun hanya berada di rumah sepanjang tempoh dua tahun namun sudah ditakdirkan terkena juga v1rus tersebut.

Terima kasih kepada semua barisan hadapan yang menjaga saya selama 12 hari di hospital.

AISHAH

PENYANYI
“Alhamdulillah… tak tahu nak cakap apa. Betapa bersyukurnya hari yang dinanti-nantikan. Dapat balik rumah. Terima kasih, Alhamdulillah.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Sekarang ini, doakan saya terus sembuh sepenuhnya. Nasibnya, saya dua tahun duduk rumah, Allah nak jadikan, kena juga.

“Jaga diri. Terima kasih kepada semua barisan hadapan yang menjaga saya selama 12 hari di hospital,” katanya.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

VIDEO:

Komen netizen

Aishah turut memuat naik beberapa f0to kenangan bersama jururawat yang menjaganya sepanjang 12 hari di hospital.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar penyanyi itu terus sembuh sepenuhnya.

Aishah dimasukkan ke Hospital Ampang pada 30 Ogos lalu selepas dis4hkan positif C0.vid-19 dan mengalami simptom demam panas dan semput.

Dua hari dirawat di hospital akibat C0.vid-19, Aishah memberitahu oksigennya turun ke paras 88 peratus selepas doktor cuba membuka alat pernafasan tersebut.

Sumber dipetik dari ttk

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Aishah syukur bebas C0vid19, seronok dapat balik selepas 12 hari di hospital – “Dua tahun duduk rumah, Allah nak jadikan, kena juga”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*