Rosyam Nor Tanya Neelofa Dah Hamiil Ke? Jawapan PU Riz Buat Netizen Tertanya Tanya

PETALING JAYA – “Bunga-bunga (anak), Insya-Allah ada, doakan yang terbaik.”

Itu jawapan ringkas suami selebriti popular Neelofa iaitu Haris Ismail apabila diasak soalan berkaitan keham1lan isterinya oleh aktor terkenal, Datuk Rosyam Nor dalam satu temu bual siaran langsung, Sembang Viral malam ini.

Temu bual yang membicarakan tajuk mengenai hijab dan hijrah mencvri perhatian umum apabila Rosyam bertanyakan soalan adakah Haris dan Neelofa bakal menimang cahaya mata.

“Dah ada bunga-bunga nak ada anak ke?” soal Rosyam kepada Haris secara spontan.

Tidak menafikan atau mengesahkan pertanyaan tersebut, bekas peserta program Pencetus Ummah itu hanya memohon orang ramai mendoakaan dirinya dan isteri.

“Kita mencuba. Bunga-bunga Insya-Allah ada, doa-doakanlah yang terbaik,” jawab Haris ringkas.

Walaupun tiada pengesahan, rata-rata penonton siaran langsung tersebut teruja dengan jawapan Haris sekaligus ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa buat Neelofa.

Sebelum ini, khabar angin mengenai bekas pengacara MeleTOP berkenaan sedang hami.l bertiup kencang selepas terdapat dakwaan ‘ba.by bumpnya’ mula kelihatan dalam beberapa foto yang dikongsi.

Sehingga kini, Neelofa mahupun Haris masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ramai tersebut.

Untuk rekod, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, mendirikan rumah tangga dengan Haris di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu. – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Rosyam Nor Tanya Neelofa Dah Hamiil Ke? Jawapan PU Riz Buat Netizen Tertanya Tanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*