10 tahun Menanti, Azmi Saat akhirnya timang cahaya mata sulung

Selepas 10 tahun menanti, hasrat penyanyi Azmi Saat untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan selepas isterinya Nazirah Muhammad selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta, pagi tadi.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, ahli kumpulan Caliph Buskers itu meluahkan rasa syukur apabila proses bersalin secara pembedahan itu berjalan dengan lancar.

Menurut Azmi, dia berharap dapat menjadi bapa yang baik kepada zuriat terindah itu selain berterima kasih atas doa daripada orang ramai buat keluarganya.

“Alhamdulillah. Pukul 9:09 pagi tadi anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia.

Urusan pembedahan berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama terdengar suara baby.

Syukur ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik. Terima kasih atas doa kalian yang tk putus-putus buat kami sekeluarga,” tulisnya.

Lebih istimewa dan bermakna apabila penyanyi lagu Hanya NamaMu itu turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-34 hari ini, sekali gus berkongsi tarikh hari jadi sama dengan anaknya.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan pengikutnya mengambil peluang mengucapkan tahniah serta bersyukur atas kehadiran cahaya mata berkenaan.

Alhamdulillah.. tahniah

Moga dipermudahkan segala urusan

Terdahulu, pasangan cacat penglihatan yang berkahwin pada 2011 itu sanggup menggunakan duit simpanan untuk membelanjakan k0s bersalin di h0spital swasta kerana boleh menemani pasangan di sisi demi zuriat pertama.

Sumber:ohmymedia & River

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "10 tahun Menanti, Azmi Saat akhirnya timang cahaya mata sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*