“Belum pernah dapat ayam” – Sayu… nelayan sabar tunggu ikan dari atas sampan, tak percaya ketika dihulur ayam segar

RIAK wajah sur4mnya bertukar teruj4 dan gembira. Siap tanya ‘betulkah untuk aku?’ sebab dia macam tak percaya.”

Demikian kata Saharuddin Amirullah ketika bercerita mengenai kisah seorang nelayan m1skin yang ditemuinya di sebatang sungai ketika menyampaikan mis1 bantuan makanan, baru-baru ini.

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda berusia 30 tahun itu berkata pada hari tersebut, dia bersama pasukan NGO VitaminBae menjalankan mis1 bantuan mengedarkan ayam segar kepada sebuah penempatan yang terletak sedikit terpencil dari pekan Sandakan.

“VitaminBae selalunya agihkan bahan asas seperti beras, telur, minyak masak dan sebagainya. Namun sempena bulan kelahiran Rasulullah baru-baru ini, kami buat agihan ayam segar.

“Selalunya apabila ada sambutan istimewa dalam Islam, kita beri yang lebih istimewa sedikit seperti ayam atau daging korb4n.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Sebenarnya sewaktu kami dalam perjalanan pergi ke penempatan sas4ran, memang perasan dia sedang menangkap ikan di atas sampan. Bila kami balik, masih nampak abang tu di situ.

“Kita sangka bila lama di sungai, mesti dapat banyak ikan. Speechless nampak ikan-ikan kecil hasil tangk4pannya. Kebetulan masih ada bak1, kami berinya seekor ayam. Senyumannya lebar.

“Katanya, selama dia jadi nel4yan di situ, belum lagi pernah dapat ayam,” cerita Saharuddin yang juga Koordinator VitaminBae daerah Sandakan.

Lima tahun terlibat dengan lapangan kerja kebajikan dengan hampir dua tahun bersama NGO VitaminBae, Saharuddin berkata pelbagai pengalaman dan kisah penduduk yang ditemuinya benar-benar menjentik rasa ins4f dalam diri.

Saharuddin (dua, kanan) aktif turun ke kawasan penempatan untuk menyampaikan bantuan.

“Kalau di Sabah ini ada dua istilah. Pertamanya penempatan, dan keduanya kampung. Penempatan ni rumah-rumah yang dibuat di kawasan asal boleh buat rumah seperti sungai, hutan.

“Mereka kebanyakannya tiada status kewarganegaraan. Kasih4n sangat sebab mereka ni masih terjej4s sampai sekarang kerana tiada pekerjaan. Antara sebabnya, tiada v4ksin lengkap jadi majikan tak mahu ambil ris1ko.

“Jadi mereka terpaks4 buat apa sahaja kerja antaranya jadi nelayan. NGO di Sabah memang sering jalankan misi masuk hutan, sungai untuk bantu mereka.

Golongan yang tinggal di penempatan berhampiran sungai dan hutan adalah antara yang diberi tumpuan oleh VitaminBae.

“Kalau orang sus4h yang terdiri daripada penduduk kampung, kami akan salurkan maklumat kepada pihak Baitulmal atau pihak kebajikan.

“Kami (NGO-NGO) wujudkan ‘sistem zoning’ supaya tiada yang terc1cir. Biar tiada perbezaan dalam menyampaikan bantuan dan kita tak mahu mereka di penempatan terpinggir,” ujarnya yang merupakan anak jati Sandakan.

Menurut Saharuddin, selepas video mengenai nelayan tersebut menjadi tular di aplikasi TikTok dan juga Instagram, dia menerima Direct Message (DM) daripada ramai pihak yang ingin menyalurkan bantuan.

Bayangkan, sekilo daging korb4n tu kita rasa biasa je. Tapi bagi mereka ia macam satu rahmat.

SAHARUDDIN AMIRULLAH

KOORDINATOR VITAMINBAE SANDAKAN

“Saya bersyukur penyumb4ng sangat support dan membantu terutamanya orang dari Semenanjung… memang pantas dan cepat hulur sumbangan lebih-lebih lagi jika viral. Begitu juga dengan orang tempatan di Sabah.

“Kalau nak tahu, waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, telefon kami bertubi-tubi mesej masuk kerana mohon bantuan,” ujarnya yang juga penjawat sektor swasta.

Tidak menyangka perkongsiannya di TikTok begitu merunt0n jiw4, Saharuddin berkata tujuannya memuat naik video berkenaan adalah sebagai membuka mata ramai pihak agar sama-sama berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Salah satu misi VitaminBae ketika menyantuni asnaf.

“Saya share sebab nak orang di luar sana nampak, kebaikan ni kalau depan mata, jangan ditund4 lagi. Dan kalau kita rasa sus4h, ada yang lebih sus4h.

“Bayangkan, sekilo daging korban tu kita rasa biasa je. Tapi bagi mereka ia macam satu rahmat. Mereka sangat menghargai. Inilah yang membuatkan kita lagi istiqamah nak bantu orang sus4h.

“Bila terlibat dengan kerja sukarelawan, kita dapat cari identiti sendiri. Kita bukan nak jadi contoh pun, tapi ramai terinpsirasi.

“Jadi secara tak langsung NGO ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Itu yang kita mahukan. Sesiapa pun boleh jadi sukarelawan, ” ujarnya lagi.

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

 

Be the first to comment on "“Belum pernah dapat ayam” – Sayu… nelayan sabar tunggu ikan dari atas sampan, tak percaya ketika dihulur ayam segar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*