Semua salah PKP! Ny4ris telefon bomba gara-gara cincin tersangkut di jari montok… 3 jam gadis ‘bert4rung‘ guna minyak, sabun – “Lepas vaks1n saya asyik makan je”

SIAPA yang tak gelabah bila cincin yang biasa dipakai tiba-tiba ketat dan tak boleh ditanggalkan!

Semuanya gara-gara PKP! (Perintah Kawalan Pergerakan).

Berkongsi video dirinya sedang berusaha keras untuk menanggalkan cincin tersebut, Izzah Izzaty Zulkiflee, 22 berkata, pertambahan berat badan yang mendadak sewaktu tempoh PKP sebelum ini menyebabkan cincin yang sudah hampir dua tahun dipakainya tidak boleh ditanggalkan.

“Seumur hidup saya, tak pernah lagi jadi macam ni, ni semua gara-gara PKP, saya duduk rumah asyik makan.

“Saya mula sedar yang cincin tu lekat sebab saya nak tanggalkan untuk cuci cincin tu, tapi tak boleh, ada dalam tiga jam saya cuba nak tanggal tapi tak lepas,” katanya kepada mStar.

Izzah cuba pelbagai cara untuk menanggalkan cincin yang dipakainya.

Buntu, Izzah yang juga seorang peniaga dalam talian kemudiannya mendapatkan pandangan daripada rakan-rakannya.

“Saya post dekat TikTok, saya rekod video saya tengah cuba nak tanggalkan cincin tu.

“Mula-mula saya basuh tangan tak boleh, saya tanya kawan-kawan, mereka suggest letak minyak lepas tu saya letak sabun pinggan mangkuk pun susah juga nak buka,” katanya yang menetap di Cheras di ibu negara.

Video:

Izzah yang sudah bertunang berkata, dia hampir sahaja menghubungi bomba apabila segala usaha yang dilakukannya tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berhasil.

“Memang bila tak boleh cabut tu saya rasa nak panggil bomba, tapi rasa sayang pula kalau panggil bomba sebab nanti kena patahkan cincin tu, jadi saya try juga untuk buka sendiri.

“Susah, memang lama jugak masa yang saya ambil untuk buka tu sampai bengkak dan merah-merah jari saya.

“Tapi lepas beberapa jam mencuba, letak sabun dengan minyak baru ia tanggal,” katanya.

Jarinya merah dan bengk4k sedikit selepas dia menanggalkan cincin tersebut.

Akibat kejadian itu, Izzah kini tr4uma untuk memakai semula cincin tersebut.

“Saya pakai cincin tu dah lama dah sebelum ni boleh je cabut tapi seminggu lepas saya dapat sunt1kan vaks1n memang saya makan banyak.

“Tiba-tiba nak cabut cincin tu dah tak boleh sebab jari dah gemvk jadi sampai sekarang saya tak pakai cincin tu, takut dah,” katanya, menambah cincin itu dibelinya sendiri.

Izzah sedang cuba untuk menurunkan berat badannya.

Susulan kejadian itu dia kini dalam proses untuk menurunkan berat badan bagi memastikan cincin tersebut boleh dipakai semula satu hari nanti.

Komen Netizen:

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

 

Be the first to comment on "Semua salah PKP! Ny4ris telefon bomba gara-gara cincin tersangkut di jari montok… 3 jam gadis ‘bert4rung‘ guna minyak, sabun – “Lepas vaks1n saya asyik makan je”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*