Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tahun 2022 Sehingga RM 2000 Semak Permohonan Dan Kelayakan

Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkes4n, diberi lebih tumpuan.

Selaras dengan tema, “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” bantuan yang diberikan ini akan meliputi isi rumah, warga emas, dan bujang agar semua golongan tidak ketinggalan.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah inisiatif kerajaan dalam memulih kehidupan dan mata pencarian rakyat khususnya selepas C0VID-19 melump0hkan sistem pendapatan keluarga dan negara.

Justeru itu, inisiatif bantuan tunai langsung ini akan ditambah baik dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.

Berikut merupakan kadar bayaran dan syarat kelayakan pemoh0n.

Kategori & Kadar Bayaran

Terdapat beberapa kategori yang layak menerima bantuan BKM beserta kadar bantuan yang akan diterima;

1. Pendapatan Isi Rumah : Pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,000 : Lebih 3 Anak

RM1,500 : 1- 2 Anak

RM1,000 : Tiada Anak

2. Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan

RM800 : Lebih 3 Anak

RM600 : 1- 2 Anak

RM400 : Tiada Anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:

RM300 : Warga Emas

RM500 : Ibu / Bapa Tunggal Dengan Tanggungan

3. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan : Pendapatan kurang daripada RM5,000

RM600

4. Bujang : Pendapatan kurang daripada RM2,500

RM350

Kriteria/ Syarat Kelayakan

Kepada semua pemoh0n, anda perlulah memenuhi kelayakan berdasarkan kategori berikut;

1. Isi Rumah

a) Kahwin; atau

b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Jand4 / Dud4 yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Jand4 / Dud4 yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Jand4 / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan

c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Permoh0nan baharu

Bagi pemoh0n yang tidak mempunyai rekod dalam pangkalan data sedia ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) permoh0nan baharu perlu dibuat. Manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Data sedia ada penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemoh0n BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM bagi verifikasi kelayakan.

Tarikh Kemaskini & Permoh0nan Baharu

Kemaskini maklumat / permoh0nan baharu BKM akan mula dibuka pada 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

Bagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran BKM masih belum diumumkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan BKM, anda bolehlah hubungi talian hotline BPR di 1-800-88-2747. – Sumber dipetik dari Xtra, MOF

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tahun 2022 Sehingga RM 2000 Semak Permohonan Dan Kelayakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*