“Sus4h Sangat Cari J0doh..” Tak Bercinta, Pemuda ‘Last2’ Meriisik Rakan Sekerja

Kadang kala seseorang itu telah lama berusaha menemui pasangan hidup, tetapi bayangan jodoh masih belum berkunjung tiba sehingga terpaksa melupakan hasrat untuk berkahwin buat seketika.

Namun dalam sibuk mencari, rupa-rupanya si dia ada di depan mata. Mungkin sudah ditakdirkan untuk hidup bersama, siapalah kita mahu mempersoalkan apa yang ditetapkan Allah SWT.

Situasi seperti itu terjadi kepada seorang pemuda, Naufal Isfahan Hasmee apabila bakal mendirikan rumah tangga dengan rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Nurul Annisa tidak lama lagi.

Setelah lama mencari

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok dan laman Instagram, pemuda berusia 27 tahun itu mengakui sukar mencari suri di hati sebelum mengambil keputusan bagi merisik gadis tersebut.

Tak payah bercinta

“Susah sangat cari jodoh, sudahnya terus pergi merisik kawan sekerja. Selesai,” tulisnya yang lebih mesra dipanggil Izz.

Berdasarkan video berdurasi 37 saat tersebut, dia yang bekerja dalam bidang perkhidmatan menunda kenderaan (towing) berkongsi momen ‘sweet’ bakal isterinya yang dibawa membeli sebentuk cincin di sebuah kedai emas.

Tambah Izz, dia seolah-olah tidak percaya sudah menemui jodoh yang dicari selama ini sekali gus bakal menamatkan zaman bujang dengan rakan baik sendiri.

“Manis itu tarikkan, tapi sentiasa mengaku salah & sentiasa mintak maaf itu idaman. Macam tak percaya je tiba-tiba dah jadi tunang,” katanya menerusi satu lagi video di Instagram.

Video di TikTok berkenaan meraih 285,000 tontonan dan ratusan komen warganet yang tumpang gembira selain mengucapkan tahniah serta mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan untuk ke jinjang pelamin.

Tahniah! Moga hubungan kekal…

Jodoh depan mata

Sumber apple hijau

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "“Sus4h Sangat Cari J0doh..” Tak Bercinta, Pemuda ‘Last2’ Meriisik Rakan Sekerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*