Zulin Aziz pilih tarikh cantik 20.02.2022 untuk majlis nikah. Ini pekerjaan bakal suami

Di Instagram, pelakon, Zulin Aziz memuat naik beberapa foto bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya. Menerusi posting berkenaan juga, rata-rata netizen mendkwa Zulin bakal menamatkan zaman bujangnya dengan usahawan tesebut.

Selamat berd4rah Manis. Semoga segala perancangan dipermudahkan.

Meninjau di lG zulin Aziz kapsyen

Kami memilih tarikh ij4b kabul pada 20.02.2022
Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan.
Ini juga berkat doa dari kalian semua selama ni
Barakallah

Doa yang baik-baik
Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Zulin, dia memohon supaya netizen mendoakan yang terbaik buat dirinya. Rata-rata netizen dan rakan artis turut memberi respon mengenai posting tersebut. Mereka berharap Zulin dan pasangannya bakal menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat ini.

Menerusi tinjaun kami, lelaki tersebut dikenali sebagai Farhan Norzaini. Farhan turut kelihatan memuat naik satu video bersama Zulin ketika mereka sedang menjayakan satu sesi ‘photoshoot‘. Netizen turut mendakw4 pasangan itu sedang melakukan photoshoot untuk pre-wedding mereka. Zulin juga telah meninggalkan emoji berbentuk ‘love’ di ruangan komen video yang dimuat naik Farhan.

Sebelum puasa majlis

Sebelum puasa ni kot majlis. Boleh beraya sebagai suami isteri.

Bau nasi minyak la. Hint apakah ini?

Okay kakak restu.
Terdahulu, hasrat Zulin untuk naik ke pelamin tidak kesampaian apabila lelaki yang dikenalinya sebelum ini tiba-tiba menghil4ngkan diri.

Meskipun segala persiapan majlis perkahwinan dipercayai sudah siap, Zulin akur bahawa Allah sebaik-baik perancang dan jodohnya bersama lelaki itu tidak panjang.

Tunang Rakan Bisnes

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun perkenalan, Zulin Aziz, 33, dan Farhan Norzaini, 35, bertunang, malam tadi.

Majlis dianjurkan secara tertutup dengan dihadiri keluarga Zulin dan Farhan di kediaman abang Zulin di Segambut Dalam di sini, kira-kira jam 9 malam.

Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, mereka memilih melangsungkan pertunangan hari ini selepas pulang daripada mengerjakan umrah, akhir tahun lalu.

Pada majlis itu, Zulin menerima dua bentuk cincin iaitu iaitu cincin merisik dan bertunang.

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika di Madinah. Sebenarnya, sudah lama kami merancang, akhirnya, Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

“Majlis pada malam ini diadakan serba ringkas. Malah, atas permintaan famili, kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” katanya kepada BH Online.

Ditanya mengenai keperibadian Farhan yang juga rakan kongsl perniagaannya, bekas penyampai radio Suria FM ini percaya jejaka itu mampu membimbingnya ke jalan diredai.

“Dia bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersamanya dan boleh meluahkan apa sahaja,” katanya.

Sementara itu, Farhan menyifatkan Zulin tulus dan pandai mengambil hati keluarganya.

“Dia bersama saya ketika mengharungi detik paling hitam dalam hidup di mana saya kehil4ngan ibu, Oktober tahun lalu. “Saat itu saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semat1.

“Malah arw4h ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti arw4h menjaga saya,” katanya.

Menyingkap saat pertama mereka berkenalan, Farhan mengaku memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.

“Ketika itu, saya menonton rancangan Melodi bersama arw4h ibu.

“Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arw4h ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Tidak semena-mena, arw4h ibu cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.

“Seterusnya, adik saya yang mendes4k supaya mengirimkan mesej langsung kepada Zulin di IG.

“Saya tak sangka dia membalas mesej. Ketika itu, saya fikir tidak mungkin Zulin balas kerana saya hanya orang biasa antara jutaan pengikutnya,” katanya.

Pasangan ini merancang melangsungkan pernikahan pada 20 Februari depan.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Zulin Aziz pilih tarikh cantik 20.02.2022 untuk majlis nikah. Ini pekerjaan bakal suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*