Agong, Raja Permaisuri sambut dua cucunda

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menimang dua cucunda baru-baru ini.

Istana Negara dalam satu hantaran di dalam Facebook rasmi berkata, kelahiran dua cucunda lelaki dan perempuan itu masing-masing lahir pada Isnin dan Rabu lalu.

“Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Tengku Abu Bakar Ahmad pula pada 2 Februari.

“Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Cik Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.

“Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua Tengku Abu Bakar Ahmad dan Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah,” katanya menerusi hantaran itu hari ini.

Perkongsian itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata menzahirkan ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka berdua dengan kurniaan dua cucunda terbabit. – K! ONLINE

Sumber dipetik dari news

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Agong, Raja Permaisuri sambut dua cucunda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*