PU Syed Tegur Pakwe Imamkan Makwe Solat Jemaah Online “Siap Hulur Tangan Salam Depan Kamera”

Di laman soslal Instagram (IG) dan aplikasi TikTok sejak beberapa hari lalu kec0h apabila ramai pengguna laman sosi4l mempersoalkan tentang video ‘solat jemaah online pakwe makwe’.

Video tersebut yang pernah dimuat naik di aplikasi TikTok pertengahan tahun lalu kembali tular sehingga mendapat perhatian ramai.

Rakaman video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki menjadi imam secara ‘online’ ketika solat berjemaah bersama kekasihnya menerusi panggilan video.

Tind4kan tersebut turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Furqan Fawwaz yang menganggap ia seolah-olah memp3rsendakan agama Islam.

“Ada orang Islam berani buat macam ni? Tak kisahlah negara mana pun yang buat content macam ni tapi kita kena tegur sebab ini adalah solat penghubung antara kita dengan Allah.

“Kita solat untuk minta pada Allah supaya dijauhkan daripada musib4h tapi korang buat pula content pergi mintak musib4h. View makin banyak.

“Kita tegur supaya anak-anak kita tidak terikut-ikut dengan content-content nak kejar populariti sampai sanggup buat apa saja,” katanya.

Di ruangan komen rata-rata pengikut Furqan turut meluahkan rasa mar.ah terhadap pasangan remaja terb4bit kerana yang dianggap ‘lapar perhatian’ dengan memuat naik kandungan sedemikian.

Turut mengulas mengenai perkara tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ahmad Marzuk berkata, perbuatan sebegitu secara jelas mempermain Islam serta huk.um-hakam agama.

Tegas beliau, ia tidak boleh dibiarkan dan wajar diambil tindakan undang-undang.

“Saya nasihatkan, berpada-padalah dalam media sosi4l, jangan terbawa-bawa sampai buat content berbentuk keagamaan, yang kemudian tular hingga menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Perbuatan itu bukan sahaja menyentuh sensitivit1 umat Islam, malah mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut enakmen atau undang-undang.sedia ada jika didapati bers4lah,” katanya.

PU Syed tegur jangan kejar ‘likes’, t4kutlah bala Allah

TIND4KAN pasangan kekasih mengerjakan solat berjemaah secara dalam talian seperti yang tular di media sosi4l baru-baru ini mengundang keres4han ramai.

Rata-rata bimb4ng ia akan menjadi ikutan golongan remaja tanpa mengetahui hukum bagi perbuatan tersebut.

Menurut pendakwah bebas Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed, solat berjemaah secara dalam talian adalah bertentangan dengan hukum syarak.

Justeru dia berharap perkara tersebut segera dihentikan dan tidak menjadi ikutan.

Tak boleh solat Jumaat dalam talian – Mufti Perlis
KANGAR: Solat Jumaat tidak boleh didirikan secara bersendirian atau mengikut imam secara dalam talian termasuk rakaman secara langsung disiar aplikasi media sosi4l sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata perkara itu dilihat tidak munasabah, sekali gus tidak menzahirkan sifat solat Jumaat itu sendiri.

Katanya, isu ini mula timbul apabila ia dicadang dilakukan beberapa pihak di Eropah sehingga majlis fatwa negara berkaitan terpaks4 mengeluarkan fatwa mel4rang ia dilaksana atas beberapa faktor.

“Terdapat ayat di dalam al-Quran menerangkan solat Jumaat memerlukan individu membuat persediaan dengan bergerak ke masjid awal dan lain-lain untuk menunaikannya.

“Jika seseorang menunaikannya berseorangan di rumah, maka ia seakan tiada makna dan tidak menepati tuntutan al-Quran dalam mendirikan solat Jumaat.

“Ulama juga berpendapat bahawa keutamaan asal bersolat adalah mendirikan solat Zohor dan empat waktu lain, manakala solat Jumaat dikhususkan pada hari Jumaat,” katanya ketika menyampaikan kuliahnya di sini, semalam.

Mohd Asri berkata, sekiranya ada pihak menggunakan alasan d4rurat bagi melaksanakan solat Jumaat berjemaah secara dalam talian, dikhuatiri orang tidak lagi ke masjid.

“Akhirnya nanti orang tidak berjemaah di masjid atas alasan boleh berjemaah dari rumah sahaja melalui siaran langsung dalam talian.

“Ahli fiqh meletakkan syarat bahawa solat berjemaah terlaksana apabila imam dan makmum berhimpun pada satu tempat dan masa yang sama selain makmum boleh melihat pergerakan imam yang tidak terhal4ng dinding besar mahupun sungai.

“Maka apabila timbul mas4lah atau situasi seperti ketika ini, maka kembali kepada huk.um yang asal iaitu mendirikan solat Zohor,” katanya.

SUMBER: MSTAR, BHARIAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "PU Syed Tegur Pakwe Imamkan Makwe Solat Jemaah Online “Siap Hulur Tangan Salam Depan Kamera”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*