Baru Je Najib Cadang Pengeluaran KWSP Sebelum Ramadan Masa Paling Tepat, Sekali Tengku Zafrul Dedah Satu Fakta Yg Mengejutkan Pencarum

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan masa paling tepat untuk kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah selepas pembayaran dividen 2021 dan sebelum Ramadan.

Beliau juga turut mencadangkan empat langkah yang wajar dipertimbangkan kerajaan bagi memulihkan semula baki KWSP yang rendah.

“Dan sekiranya dibenarkan, saya juga harap kerajaan pertimbangkan empat langkah ini bagi memulih semula baki simpanan KWSP yang rendah bagi mereka yang masih terjej4s akib4t Cvid-19,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.

Ahli Parlimen Pekan itu mencadangkan, pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000, penstrukturan semula kadar dividen KWSP serta kadar c4ruman majikan dinaikkan semula, dan memulihkan semula projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

“Beri projek Bandar Malaysia kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beri beberapa projek kerajaan kepada KWSP dan syarikat milik KWSP,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap sokongan yang diberikan oleh parti serta ahli politik mengenai pengeluaran berkenaan adalah berterusan bukan sakadar sokongan sementara sempena musim Pilihan Raya Negeri (PRN)

“Semasa kempen PRN Johor, ramai dari pihak sebelah sana yang pernah b4ntah pengeluaran khas kali terakhir KWSP tiba-tiba menyokong pula.

“(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), (Lim) Guan Eng, Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan Pas ‘u-turn’ pula untuk sokong. Harap ini bukan sakadar sokongan sementara sempena musim PRN,” katanya.

Rugi tak lantik Najib jadi Penasihat Ekonomi PM: Nazri

Des4kan mengenai kebenaran pengeluaran khas KWSP terus dib4ngkitkan apabila tempoh bagi tiga skim pengeluaran memb4bitkan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sudah berakhir.

Bagaimanapun, baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata, pihaknya tidak bercadang membenarkan penc4rum membuat pengeluaran tambahan buat masa ini.

Dividen KWSP sepatutnya 6.7 peratus jika tiada pengeluaran – Zafrul
PARLIMEN l Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan baru-baru ini sepatutnya lebih tinggi pada 6.7 peratus berbanding 6.1 peratus jika tiada pengeluaran simpanan oleh ahli-ahlinya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata dividen tambahan sebanyak RM5.4 bilion itu sebaliknya boleh diagihkan kepada semua ahli dana pers4raan sekiranya tiada pengeluaran dibuat sebelum ini.

“Jumlah kehil4ngan RM5.4 bilion itu telah menyebabkan lebih kurang 5.3 juta ahli yang tidak pernah mengeluarkan simpanan melalui mana-mana skim pengeluaran, terpaks4 menerima pulangan simpanan lebih rendah.

“Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sekelian yang juga mewakili penc.arum yang tidak perlu mengeluarkan simpanan mereka…adakah ini adil?” kata beliau ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Secara keseluruhan, ahli KWSP mempunyai akses bagi sehingga RM71,000 dalam dana persaraan itu melalui tiga program pengeluaran khas iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang telah memberi manfaat kepada lebih 7.3 juta ahli atau 58 peratus daripada 12.7 juta ahli dengan pengeluaran berjumlah RM101 bilion.

Menurut Tengku Zafrul, walaupun inisiatif tersebut meringankan beb4n ahli yang memerlukannya, namun pengeluaran khas terb4bit telah mengakib4tkan pengurangan simpanan persaraan yang ketara.

Beliau berkata, susulan pengeluaran sebanyak RM101 bilion tersebut, seramai 6.1 juta ahli atau 48 peratus di bawah 55 tahun hanya mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000.

“Sekiranya dibenarkan pengeluaran RM10,000 secara ‘one-off,’ bilangan ahli layak membuat pengeluaran dijangkakan seramai 6.3 juta ahli yang melibatkan pengeluaran tambahan berjumlah lebih RM63 bilion.

“Jika pengeluaran tambahan ini dibenarkan, KWSP perlu melaksanakan imbangan portfolio dengan impaknya yang mungkin lebih daripada nilai pengeluaran berjumlah RM63 bilion,” katanya.

Tengku Zafrul menjelaskan, bagi menampung nilai pengeluaran RM63 bilion itu, KWSP perlu mengambil tindakan seperti menjual lebih banyak aset pelaburan luar negara dalam keadaan pasaran tidak menentu terutamanya susulan kris.is Rusia-Ukraine, menghentikan pel4buran dalam negara bagi tempoh jangka pendek dan sederhana dalam masa tiga hingga enam bulan.

Malah, teg4s beliau, langkah itu akan terus memberi impak neg4tif ke atas pasaran saham dan bon tempatan termasuk kadar faedah Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang meningkat dalam kadar purata 100 mata asas berbanding suku ketiga 2020 serta menyebabkan kos pinjaman bagi kerajaan di masa hadapan meningkat secara ketara.

Menurutnya, ini akan turut menjejaskan kedudukan KWSP sebagai pemegang tunggal terbesar MGS dengan pegangan RM240 bilion atau hampir 27 peratus daripada nilai keseluruhan dalam pasaran bon berkenaan.


-Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Baru Je Najib Cadang Pengeluaran KWSP Sebelum Ramadan Masa Paling Tepat, Sekali Tengku Zafrul Dedah Satu Fakta Yg Mengejutkan Pencarum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*