Tengku Zafrul dedah ada satu negara ni tak pernah benar rakyat dia keluarkan wang persaraan tak macam KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengagihkan kadar dividen simpanan konvensional sehingga 6.7 peratus berbanding 6.1 peratus jika pengeluaran khas tidak dibuat.

Ini bermakna, sebanyak RM5.4 bilion dari segi dividen tambahan boleh diagihkan kepada semua ahli KWSP jika pengeluaran sebelum ini tidak dilakukan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kehil4ngan RM5.4 bilion dari dividen ini telah menyebabkan lebih kurang 5.3 juta ahli yang tidak pernah mengeluarkan wang simpanan mereka melalui mana-mana skim pengeluaran sebelum ini terpaks4 menerima pulangan yang lebih rendah ke atas simpanan mereka.

“Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sekelian, juga mewakili penc4rum yang tidak perlu mengeluarkan simpanan mereka: adakah ini adil?,” tanya Tengku Zafrul semasa ucapan penggulungan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau memberitahu, secara keseluruhan, di bawah ketiga-tiga pengeluaran KWSP – i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra – penc4rum telah akses kepada dana pers4raan mereka sehingga RM71,000 dan telah memanfaatkan lebih 7.3 juta ahli atau 58 peratus daripada 12.7 juta ahli dengan amaun pengeluaran berjumlah RM101 bilion.

Jelas beliau, sekiranya dibenarkan pengeluaran RM10,00 secara one-off, bilangan ahli yang layak membuat pengeluaran dijangka seramai 6.3 juta ahli, berkemungkinan melibatkan pengeluaran tambahan berjumlah lebih daripada RM63 bilion.

Sekiranya pengeluaran tambahan dibenarkan, maka KWSP perlu melaksanakan pengimbangan portfolio, dan impaknya mungkin lebih dari nilai pengeluaran berjumlah RM63 bilion.

Ujarnya, bagi menyediakan nilai pengeluaran berjumlah RM63 bilion ringgit, KWSP perlu menjual lebih banyak aset pelaburan luar negara dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, terutamanya dengan kr1sis Rusia-Ukraine baru-baru ini, memberhentikan pel4buran di dalam negara untuk tempoh jangka pendek dan sederhana tiga hingga enam bulan.

Langkah ini akan terus memberi impak neg.atif kepada pasaran saham dan bon tempatan.

Antara kes4n bu.ruk yang boleh dan antaranya telah berlaku kepada pasaran bon tempatan termasuklah kadar faedah Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang telah meningkat dalam kadar purata 100 mata asas berbanding suku ketiga tahun 2020.

Ini menyebabkan kos pinjaman bagi kerajaan di masa hadapan meningkat dengan ketara, serta kerug14n portfolio bagi peserta-peserta pasaran.

”Sebagai contoh, bagi keseluruhan tahun 2021, jumlah pinjaman k4sar bagi MGS adalah 83 bilion ringgit. Ini bermakna kerajaan menanggung tambahan bayaran faedah berjumlah RM830 juta setahun.

”Bayangkan nilai ini sepatutnya dapat digunakan bagi pelbagai program dan bantuan kewangan untuk rakyat. Kenaikan lanjut kadar faedah ini juga akan menyebabkan keru.gian yang lebih besar, serta terus meningkatkan sentimen neg4tif peserta pasaran terhadap pasaran kewangan tempatan,” tambahnya.

Tambahan pula, ini akan menjej4skan kedudukan KWSP sebagai pemegang tunggal terbesar MGS dengan pegangan berjumlah RM240 bilion (atau hampir 27 peratus daripada nilai keseluruhan di dalam pasaran bon MGS).

Bagi syarikat tersenarai di pasaran saham tempatan pula, pegangan KWSP adalah kira-kira 16 peratus (atau RM272 bilion) daripada nilai keseluruhan yang berjumlah lebih 1.7 trilion ringgit manakala bagi pelaburan dalam bon-bon korporat pula, pegangan KSWP pula adalah 21 peratus (atau RM166 bilion).

Tengku Zafrul berkata, apabila kedudukan KWSP sebagai sal4h satu pelabur terbesar di pasaran saham dan bon tempatan terjej4s, ada dua perkara yang akan juga terjej4s iaitu kebolehan KWSP untuk menjana pulangan dividen kepada ahli dan peranan KWSP dalam menyediakan kecairan modal bagi pasaran bon kerajaan yang mana kos pinjaman kerajaan akan naik dan telah pun naik sebanyak 100 mata asas.

Menurut beliau lagi, negara-negara lain seperti Australia, Chile dan Peru, yang juga telah membenarkan akses awal kepada simpanan persar4an bagi membantu rakyat menangani cab4ran Cvid-19, tidak lagi membenarkan program pengeluaran ini.

Singapura pula langsung tidak membenarkan sebarang pengeluaran dana pers4raan atas tujuan Covd-19, katanya.

Sumber – MalaysiaGazette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Tengku Zafrul dedah ada satu negara ni tak pernah benar rakyat dia keluarkan wang persaraan tak macam KWSP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*