KWSP Akhirnya Tampil Beritahu Tarikh Dan Syarat Untuk Pengeluaran RM10K

SHAH ALAM – Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April nanti.

KWSP dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, permohonan tersebut juga akan ditutup pada penghujung bulan depan dan tempoh pembayaran akan dilaksanakan sebelum 20 April 2022.

“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” maklum kumpulan tabungan pekerja itu.

Ismail Sabri dalam Sidang Media Khas mengumumkan pengeluaran khas c4ruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi mering4nkan beb4n Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pand3mik Cvid-19.

Dalam sidang akhbar khasnya, Ismail Sabri berkata, keput.usan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehil4ngan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan c4ruman KWSP.

“Justeru, hari ini (Rabu) kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya.

KWSP Beritahu Tarikh

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran khas RM 10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah usia 55 tahun bermula 1 April ini.

Menurut kenyataan KWSP, permohonan akan berakhir pada 30 April manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April.

“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM 10,000 dan minimum RM 50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” jelasnya.

Dapatkan nasihat sebelum buat pengeluaran khas KWSP

KUALA LUMPUR: Penc4rum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada mana-mana agensi berkaitan, sebelum membuat keputusan mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka.

Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata ini penting, bagi memastikan golongan itu membuat kepu.tusan sewajarnya terutama tidak menjejaskan simpanan hari tua mereka.
“Kepu.tusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 menunjukkan tanda prihatin terhadap isu yang meland4 rakyat, terutama memb4bitkan pencarum KWSP.

“Walaupun ekonomi semakin pulih, ada beberapa kumpulan masyarakat yang masih terkes4n ak1bat pand3mik CVID-19, termasuk musib4h banjir baru-baru ini.

“Namun, kerajaan perlu memastikan ada ruang dan peluang untuk penc4rum mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan kewangan secara berterusan, sebagai contoh melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), bagi memastikan pengeluaran secara optimum dan tidak disal4hgunakan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas c4ruman KWSP sebanyak RM10,000, bagi meringankan beb4n Keluarga Malaysia yang masih terkes4n susulan pand3mik CVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun kepu.tusan itu suk4r dibuat kerana melib4tkan simpanan hari tua rakyat, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendes4k hari ini dan simpanan masa hadapan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri merayu kepada penc4rum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendes4k, dan berharap mereka membuat pertimb4ngan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Sementara itu, pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata penc4rum juga perlu memikirkan keperluan sebenar, sebelum membuat pengeluaran kerana ia memb4bitkan kesan jangka panjang kedudukan kewangan mereka selepas bersara.

Beliau berkata, di Malaysia, 35 peratus rakyat kurang pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, manakala 65 peratus langsung tiada pengetahuan berkaitan aspek berkenaan.

“Ada penc4rum yang merasakan pengeluaran (KWSP) adalah hak mereka tanpa memikirkan masa hadapan…mereka fikir jangka pendek sahaja. Kalau boleh, elaklah keluarkan. Cuma realitinya memang ada kumpulan rakyat yang amat memerlukan (pengeluaran KWSP).

“Justeru, kerajaan perlu melihat perkara ini dengan lebih terperinci, termasuk menyediakan khidmat nasihat sama ada secara formal atau pun tidak formal, termasuk memberi khidmat kaunseling kepada penc4rum, bergantung kepada keperluan mereka,” katanya.

Bagi pekerja swasta, Mariam Abdul Rahman, 38, ‘khabar gembira’ itu sudah lama dinantikan bagi menjelaskan tungg4kan pinjaman perumahan, yang gag4l dijelaskan ak1bat kekangan kewangan.

“Tambah menyukarkan, suami juga kehil4ngan pekerjaan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), selain nama disenarai hitam,” katanya.

Pengumuman itu turut mendapat reaksi positif orang ramai yang membanjiri ruangan komen Facebook Perdana Menteri, dengan ucapan syukur dan terima kasih.

Pengguna Facebook dengan nama akaun Hasni Abd Ghani, menzahirkan rasa lega dengan kebenaran itu yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesus4han dan kep3ritan hidup mereka yang terkesan.

“Moga langkah ini memberikan nafas baharu bagi mereka yang betul-betul kes3mpitan untuk menempuhi kehidupan seterusnya,” katanya.

Monica Leong Peik See pula menyatakan “Akhirnya ia dibenarkan! Syukur pada Tuhan.”

-BERNAMA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "KWSP Akhirnya Tampil Beritahu Tarikh Dan Syarat Untuk Pengeluaran RM10K"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*