Tangkap, masak, makan! Ibarat restoran di tengah laut… memang terangkat, 6 sekawan pekena gulai ikan tenggiri atas bot

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

SEMEMANGNYA menjamah gulai ikan tenggiri terutama jika hasil tangkapan laut itu masih segar tentunya nikmat yang tidak dapat dinafikan.

Namun, menikm4ti hidangan itu di atas bot di tengah laut pastinya pengalaman yang cukup berbeza.

Begitulah yang dialami seorang pemuda bersama rakan-rakannya dengan berkongsi video di laman sosial sehingga menjadi tular.

Pemuda berkenaan, Amirul Aizad Abdul Raffae berkata, video tersebut dirakam ketika merasai pengalaman memancing di tengah laut di perairan dekat Kuala Muda, Kedah.

Bagaimanapun katanya, dia bersama lima rakan sebenarnya bukanlah kaki pancing yang sering menjadikan aktiviti itu bagi mengisi masa lapang atau hujung minggu.

“Nak kata selalu memancing tak juga sebab kami sibuk dengan kerja dan keluarga masing-masing. Tapi teringin juga nak rasa memancing seperti orang lain.

“Macam-macam ikan laut dapat seperti tenggiri, merah, kerapu dan cencaru,” kata pemuda berusia 22 tahun itu kepada mStar.

Rakan Amirul menunjukkan hasil tangkapan ikan.

Lebih mesra disapa Amirul, katanya, mereka bertolak dari jeti Kuala Muda seawal 8 pagi bersama tekong selama kira-kira satu setengah jam ke tengah laut yang dikatakan ‘port’ memancing.

“Ikut rezeki hari tu, kadang-kadang banyak atau sikit. Bila dapat ikan, masuk dalam tong dan dibahagikan sama rata antara kami.

“Tapi kalau dah banyak ikan, ada yang jadikannya modal untuk jual terutama tenggiri. Pernah sekali tu dapat banyak ikan tenggiri.

“Ada kira-kira 10 ekor ikan tenggiri seberat 35 kilogram dijual lebih RM1,000. Kami target ikan tenggiri sebab harganya lebih mahal,” ujarnya yang berasal dari Sungai Petani.

Amirul turut berpeluang menangkap ikan.

Berkongsi pengalaman menikm4ti gulai ikan tenggiri di atas bot di tengah laut, anak ketiga daripada empat beradik itu memberitahu bahawa ia dimasak oleh tekong.

“Kami hanya tangkap ikan dan bagi mana-mana ikan untuk dimasak tekong. Pengalaman makan tengah hari gulai ikan tenggiri di tengah laut tu memang tak dapat dilupakan.

Biasanya orang makan gulai ikan tenggiri di restoran atau rumah. Kami makan atas bot.

AMIRUL

“Satu perasaan yang tak dapat dirasai oleh semua orang. Biasanya orang makan gulai ikan tenggiri di restoran atau rumah. Kami makan atas bot.

“Ikan yang dimasak ni memang segar. Naik je lepas tangkap, terus masak tanpa simpan dulu dalam bekas ais. Pekena bersama nasi dan ulam, memang ‘terangkat’!” katanya.

Gulai ikan tenggiri dimasak oleh tekong.

Ibarat restoran di tengah laut, kesemua mereka berpeluang untuk memilih untuk menikm4ti jenis masakan ikan seperti gulai, asam pedas dan goreng serta sambal.

“Macam saya orang Kedah memang ‘hantu gulai’. Letaklah ikan apa pun, masak gulai juga,” katanya sambil menambah harga trip bergantung kepada lokasi dari RM700 hingga RM5,000 setiap bot dari pagi sehingga petang.

Amirul (tengah) bersama rakan-rakan dengan hasil tangkapan di laut.

Sehubungan itu, Amirul yang merupakan peniaga buah-buahan di pasar malam berkata, aktiviti tersebut juga sesuai dilakukan bersama seisi keluarga.

“Trip ni kalau pergi ramai-ramai memang seronok. Boleh cuba mana-mana trip dan rasai pengalaman sendiri makan gulai ikan tenggiri, memang segar terus dari laut,” katanya.

Video ‘gulai ikan tenggiri atas bot’ yang dikongsi Amirul di aplikasi TikTok meraih lebih 360,000 tontonan.

Komen Netizen:

Sumber sinar viral

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Tangkap, masak, makan! Ibarat restoran di tengah laut… memang terangkat, 6 sekawan pekena gulai ikan tenggiri atas bot"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*