Dron Aris Ariwatan Tiba2 Hil4ng Secara Misteri. Bila Dpt Ini Yg Dia Nampak

Penyanyi dan komposer lagu Kenyir… Keindahan Alami, Aris Ariwatan berdepan detik menyer4mkan ketika hari terakhir penggambaran lagu tema terbabit.

Jelas Aris, 57, ketika mahu menghabiskan penggambaran pada hari keempat, dron yang dikawal oleh produksinya tiba-tiba gag4l dikesan.

“Masa shooting hari terakhir, ‘signal’ sampai. Dron saya terbang untuk shot terakhir setelah tiga hari di sini (Tasik Kenyir), tiba-tiba gag4l dikesan. Lost di satu tempat kalau tak silap di Kampung Belimbing.

“Saya tak ris4ukan dron itu tapi footage dalamnya. Kami p4nik, lepas 10 minit dengan izin Allah dapat balik dron tu.

“Saya ingat habis situ, bila balik studio edit, rupa-rupanya ‘dia’ belanja shot begitu cantik. Shot memang saya nak cari, memang cantik! Tidak terlampau artistik, seolah-olah menggambarkan ‘akulah Kenyir’! ‘Dia’ memang nak bagitahu terima kasih,” katanya kepada Gempak.

Dron Aris Ariwatan Hil4ng Masa Shooting Tasik Kenyir, Ada ‘Benda’ Sorok – “Bila Jumpa Balik, ‘Dia’ Nak Belanja Shot Paling Cantik”

Aris ditemui pada majlis pelancaran lagu Kenyir… Keindahan Alami yang menjadi lagu tema sesulan kempen Tahun Melawat Kenyir 2021.

Lagu itu merupakan usahasama Aris dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Ketengah Holding Sdn. Bhd. yang dipengerusikan oleh Senator Datuk Razali Idris.

Menjadi penyanyi yang bukan berasal dari Terengganu namun mempromosikan produk negeri berkenaan, jelas Aris dia sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak yang berminat dengan hasil kerjanya.

“Perak tak panggil saya buat lagu, jadi saya buat siapa panggil. Mereka mempercayai hasil kerja itu dan saya harap mesej sampai.

“Ramai tak tahu saya menulis lagu Pesta Pulau Pinang 2004, bukan hanya lagu komersial tapi juga lagu untuk produk. Saya suka berkarya.

“Elemen saya masukkan dalam lagu ini, etnik! Lirik, dialek dan melodinya. Saya nak ketengahkan tentang sembilan kampung di Tasik Kenyir yang sudah tenggelam.

“Antaranya kampung Petang, 1957 kerajaan minta evakuasi semua penduduk kampung naik ke Kuala Berang sebab tasik akan dibina. Tasik Kenyir juga ada banyak negara yang bekerja untuk membinanya.
“Jadi saya melihat Tasik Kenyir bukan hanya sekadar house boat. Ada fosil manusia pertama berusia 16,000 tahun di Gua Bewah,” katanya teruja.

Tambah Aris, promosi lebih kencang patut diteruskan untuk memperkenalkan pelbagai keunikan di Tasik Kenyir, bukan hanya flora dan fauna bahkan sejarah yang terkandung di perut tasik itu.

“Saya cuma dapat meneroka 10 peratus saja, sedangkan ada lebih 360 buah pulau di Tasik Kenyir. Terengganu miliki mutiara yang harus dihebahkan!

“Untuk projek ini juga, saya dapat menemuramah penduduk terakhir di Pulau Petang namanya Muhammad Jusoh dan saya ambil watak dia guna nama Tok Aki dalam video muzik Tasik Kenyir.

Menunjukkan bangsa Melayu itu berani, kuat dan hebat!

“Bagi saya, Kenyir tersimpan pelbagai khazanah dan saya yakin pengunjung dari luar akan datang dan meneroka. Di dalam kampung yang tenggelam itu ada macam-macam,” ujarnya.

VIDEO:

Turut diumumkan pada majlis pelancaran lagu Kenyir… Keindahan Alami ialah keput.usan cabaran sukan las4k pacuan empat roda, Kenyir Eco Trophy 2022 yang berlangsung dari 18 hingga 20 Mac lalu.

Kenyir Eco Trophy 2022 memulakan cab4ran dari Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu ke Sungai Kelemin dan berakhir di Tasik Kenyir.

sumber:gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Dron Aris Ariwatan Tiba2 Hil4ng Secara Misteri. Bila Dpt Ini Yg Dia Nampak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*