Neelofa ‘Throwback’ Majlis Perkahwinannya, Sempat Berseloroh Kena Dend4 Akibat Lnggar SOP

Dua hari yang lalu, genap setahun usahawan selebriti terkenal, Neelofa selamat bergelar isteri kepada pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz. Neelofa turut berkongsi momen sewaktu persiapan lokasi pernikahannya di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur sebagai ‘saksi’ hari sejarah mereka.

Ramai Tetamu Merajuk Tidak Dijemput

Menerusi Insta Stories nya, Neelofa menyatakan ramai tetamu yang tidak mendapat jemputan merajuk dengan dirinya serta ibubapa disebabkan perlu prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika itu.

“Masa ni macam-macam lahhh SOP, daripada nak ajak 3x ganda tetamu, boleh ajak sikit je. Lepas wedding tu ramai la yang kecik hati & merajuk dengan mak ayah, dengan i sendiri.. (salahkan covid).”-Kongsi Neelofa

Pengantin Sendiri Susun Atur Kedudukan Tetamu

Tambah Neelofa, dia dan PU Riz yang menyusun atur kedudukan tetamu majlis perkahwinan mereka sebelum dihebohkan oleh netizen kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pengantin sendiri buat seating yang netizen rata-rata kecohkan ni. Mahal tau seating tengah-tengah ni i bayar almost 60k (denda SOP).”-tulisnya

“Sebab Wedding I Korang Pot Pet Pot Pet”

Di kesempatan itu, Neelofa berseloroh kerana ramai pihak yang berkahwin pada bulan yang sama dan duduk secara rapat namun, hanya majlis perkahwinannya yang menjadi tumpuan ramai.

“Korang lah buat bising, orang lain punya wedding masa bulan yang sama, duduk dekat-dekat korang tak bising pun kat polis. Sebab wedding i korang pot pet pot pet!!! Takpe saya ok je. Hahaha”- seloroh Neelofa

Sekadar info, Neelofa telah selamat bergelar isteri kepada pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz selepas dinikahkan oleh adik lelaki Neelofa pada 27 Mac 2021 di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Mereka juga dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Sumber apple hijau

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Neelofa ‘Throwback’ Majlis Perkahwinannya, Sempat Berseloroh Kena Dend4 Akibat Lnggar SOP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*