Imam Di Tvrki Ajak Kanak-Kanak Berma1n Dalam Masjid Lepas Solat Taraw1h

Indahnya kebanyakan masjid di Turki menyediakan sudut untuk kanak-kanak bermain di situ. Lebih menariknya, ibu bapa tidak perlu risav lagi untuk membawa anak-anak mereka ke masjid untuk menghadiri solat Tarawih semasa bulan Ramadan.

Mungkin bagi sesetengah orang di negara kita, dengan hadirnya kanak-kanak bermain di masjid atau surau akan mengg4nggu ketent.eraman orang lain untuk mendirikan solat. Tak kurang juga ada yang akan berdiri tengah memastikan anak-anak kecil tidak bermain atau kuatkan suara di dalam masjid.

Namun lain pula yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook, Azwir Nazar yang mengatakan tentang seorang imam di sebuah masjid di Turki akan bermain dengan anak-anak kecil selepas selesai solat tarawih berjemaah.

Katanya, di Turki setelah tarawih anak-anak di ajak main bersama Imamnya. Hal ini kerana, supaya anak-anak kecil ini berasa senang ke masjid.

Bukan satu atau dua masjid sahaja yang bertindak sedemikian malah beberapa masjid baru di Turki seperti masjid Hamdi Cami di Ankara disiapkan tempat bermain dalam masjid di sudut kanan di bawah tangga.

Bila masjid tak ada tempat bermain di dalam, disiapkan di luar masjid seperti taman-taman. Masjid menjadi pusat orang bergembira.

Mereka nampaknya meyakini apa yang disampaikan oleh pendahulu mereka, Sultan AlFatih bahawa, “Khu4tirlah oleh kamu bila masjid-masjidmu sudah tidak ada lagi terdengar suara anak kecil”.

Tidak dinaf.ikan, Turki merupakan tempat yang menarik untuk di lawati. Di negara ini, kita dapat belajar pelbagai adat dan budaya yang ada di sana.

Tambahan pula sekarang masjid besar Hagia Sophia telah dibuka kepada orang ramai untuk mendirikan solat jadi secara tidak langsung ia akan menjadi meriah dengan suara anak-anak kecil bermain.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji dengan tindakan imam masjid tersebut yang s4nggup melayani anak-anak yang masih kecil masuk ke dalam masjid. Tak kurang juga ada yang meminta untuk masjid di negara mereka membenarkan kehadiran anak-anak kecil di masjid.

Sumber: Azwir Nazar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Imam Di Tvrki Ajak Kanak-Kanak Berma1n Dalam Masjid Lepas Solat Taraw1h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*