Pad4h kongsi video nak ‘ngorat’ anak buah, pemuda tervk dikec4m… Akui pendosa, tak minta semua ini jadi

KECOH di media sosial susulan perkongsian video seorang pemuda yang ‘meluahkan minat’ terhadap anak buah sendiri.

Menerusi video berdurasi 19 saat itu, pemuda tersebut membuat rakaman memaparkan seorang gadis di belakangnya dengan kapsyen ‘nak ngorat tapi anak buah pula, pening kepala’.

Pelbagai reaksi netizen susulan perkongsian yang tular, dengan rata-ratanya mengecam pemuda berkenaan kerana seolah-olah tidak memahami hukum membabitkan hubungan sesama mahram.

Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menghuraikan bahawa mahram adalah orang yang haram dikahwini dan diharamkan melakukan hubungan persetubvhan badan dengannya.

Tambahnya, para ulama menjelaskan perkahwinan adalah akad yang menghalalkan persetubvhan, sekiranya individu yang mempunyai hubungan mahram dengan orang lain maka diharamkan berkahwin dengannya.

Ulasan oleh Dr Khairul Hafidz mengenai perkahwinan membabitkan saudara terdekat.

Bukan sahaja dilarang oleh agama Islam, perkahwinan membabitkan saudara terdekat turut dibuktikan daripada sudut perub4tan di mana ia berisiko mendapat peny4kit genetik.

Seorang doktor, Dr Khairul Hafidz turut membuat huraian mengenai implikasi perkahwinan membabitkan saudara terdekat menerusi satu bebenang di Twitter.

“Perkahwinan antara lelaki atau perempuan dengan anak saudara adalah dilarang dalam Islam. Akan tetapi dalam Islam, perkahwinan antara sepupu dibenarkan.

“Walau bagaimanapun, dalam perub4tan, kami tidak menggalakkan perkahwinan dengan saudara terdekat (consanguineous marriage).

Dari segi perub4tan, perkahwinan membabitkan saudara terdekat adalah tidak digalakkan kerana berisiko untuk mendapatkan peny4kit genetik.

“Mengapa kami tak galakkan? Kerana perkahwinan antara saudara terdekat berisiko untuk mendapat peny4kit genetik (genetic diseases),” tulisnya di laman Twitter, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dr Khairul Hafidz berkata, dalam kajian disebut frekuensi penyakit genetik, yang akan diperoleh oleh anak hasil perkahwinan antara saudara terdekat adalah dua kali ganda daripada perkahwinan tiada pertalian saudara.

“Jadi, adalah sangat digalakkan untuk berkahwin dengan mereka yang tiada pertalian saudara,” tulis Dr Khairul Hafidz.

Bagaimanapun, doktor tersebut membuat huraian tanpa mengaitkan dengan mana-mana kes atau isu secara spesifik.

Menerusi ruangan komen, segelintir netizen berkongsi kisah membabitkan keluarga masing-masing yang berkahwin dengan individu yang mempunyai pertalian dar4h.

Mengapa kami tak galakkan? Kerana perkahwinan antara saudara terdekat berisiko untuk mendapat peny4kit genetik.

DR KHAIRUL HAFIDZ

“Anak lelaki saya ada G6PD. Soalan pertama daripada doktor adalah ‘husband you saudara atau sepupu you ke? Atau tiada kena mengena’. Ingat dah kenapa. Sebab inilah kot kan,” tulis seorang netizen.

“Sekarang saya tahu kenapa ibu saya bagi kahwin dengan saudara mara sepupu sepapat,” komen netizen lain pula.

Penjelasan pemuda tersebut yang dimuat naik di TikTok bagi menjelaskan kontr0versi yang tercetus.

Sementara itu, hasil semakan mStar mendapati video asal yang dimuat naik di akaun TikTok pemuda berkenaan telah dipadamkan.

Namun, dalam video yang dimuat naik secara berasingan, pemuda berkenaan tampil membuat penjelasan berhubung kontr0versi yang berlaku.

Pemuda tersebut mend4kwa video berkenaan mempunyai maksud yang sebaliknya, namun ia disalah tafsir oleh netizen.

Sebahagian komen netizen yang mengec4m pemuda berkenaan.

“Kepada korang yang fitnah dan buat andaian burvk tentang video aku tu sampai post dekat Twitter.

“Tak apalah nak marah pun tak ada guna sebab sekarang dah memang akhir zaman, zaman fitn4h. Aku pun bukan dididik untuk berdend4m. Aku cuma boleh berserah kepada Allah.

“Aku tahu aku pendosa tapi aku tak minta pun semua ini jadi. Dan kepada yang faham pasal video tu terima kasih sangat-sangat. Aku hargai korang,” tulisnya.

Sumber mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Pad4h kongsi video nak ‘ngorat’ anak buah, pemuda tervk dikec4m… Akui pendosa, tak minta semua ini jadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*