Polis escort TMJ dapat tabik hormat, dahulukan ambulans… Netizen puji, patut jadi contoh utamakan ny4wa

KEPIMPINAN menerusi teladan… menjunjung kasih Tunku.

Demikian antara komen netizen yang memuji keprihatinan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila bertindak mengutamakan ny4wa individu lain dalam situasi kecem4san.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 20 saat memaparkan polis pengiring kepada Tunku Ismail segera memberi laluan kepada sebuah ambulans yang kebetulan melalui jalan yang sama dengan konvoi baginda.

Polis pengiring dikenali sebagai Koperal Mohamad Saifulliman yang ketika itu bertugas sebagai escort TMJ, bertindak memastikan laluan lancar agar ambulans tersebut dapat bergerak tanpa halangan.

Klip tersebut dikongsikan di laman Facebook Friends of PDRM di mana sehingga kini meraih hampir 80,000 jumlah tontonan, ratusan komen dan shares.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Tunku Ismail sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan pendekatannya wajar diteladani pemimpin lain.

“TMJ saja satu-satunya hamba Allah yang ada perikemanusiaan. Tahniah escort TMJ.

TMJ sebelum ini dipuji kerana l4ntang bersuara berhubung k3s p3nder4an Bella.

“Ini macam baru betul, tak lain tak bukan mesti TMJ titah suruh berikan laluan untuk ambulans… kecemasan.

“Ini baru betul… nyawa nombor satu. Contoh tauladan yang baik,” demikian antara komen netizen.

Selain itu, warganet juga turut memuji anggota polis berkenaan dan pasukan escort yang bertindak mendahulukan perkara yang lebih utama.

Sebelum ini TMJ turut mendapat pujian rakyat Malaysia kerana lantang bersuara berhubung isu pend3ra4n membabitkan seorang remaja perempuan sindr0m d0wn bernama Bella.

Antara komen netizen yang memuji tindakan polis pengiring TMJ.

Malah baginda sendiri menawarkan perkhidmatan peguam-peguamnya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief).

Baginda turut mencadangkan penambahbaikan dilakukan terhadap Akta Kanak-Kanak 2001 merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan ketika pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, April lalu agar k3s seumpama Bella tidak berulang.

Sumber: Mstar & Sv

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Polis escort TMJ dapat tabik hormat, dahulukan ambulans… Netizen puji, patut jadi contoh utamakan ny4wa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*