Jualan Bersih Air Balang Cecah RM60RIBU. Ada Yang Cakap Sebab Syahmi Popular Asbab Air Laku, Sekali Syahmi Bagi kenyataan Ini

Bintang YouTube terkenal dan juga pelakon, Syahmi Sazli menjadi tular kerana menjual air di dalam balang di hadapan pejabat baharunya bertempat di Kubang Kerian, Kelantan.

Namun penangan air balang Syahmi ini bukan biasa-biasa kerana ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli air itu.

Bayangkan, siap ada barisan untuk mereka yang mahu membeli sebanyak 16 bungkus air ya!

Seperti dikatakan oleh seorang pengguna Tik Tok yang berkongsl video pendek di gerai Syahmi, “pertama kali tengok gerai air macam ni” maklumnya.

Hari ini di Facebook Syahmi Sazli, beliau menjawab beberapa persoalan tentang perniagaan air beliau.

Alhamdulillah, selama 3 minggu dlm bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.

Mi taknak cerita mcm mana resepi air yg Mi jual tu. Yg tu boleh tengok live yg Mi duk buat air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yg tercetvs.

1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”

– Mi rasa tak juga.. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rvgi.. Jual santan pun tak jadi, rvgi juga. Pernah bersama dgn isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.

2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”
– Kalau mcm tu, Shopee pun Mi kena tutup jgk sbb alasan tu. Youtube pun Mi dh tak boleh buat sbb “kesian dekat Youtuber baru, takde org nak tgk”.

Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yg nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji? Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..

3) “Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”

– Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yg orang sangkakan.. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik.. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yg Mi tahu.

– Kemungkinan rezeki tersekat disebbkan dos.a-dos4 kita. Jadi, cari cara mcm mana nak h4puskan dos4. Pertama, selalu amalkan istighfar. Antara kelebihan istighfar

“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)

“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesed1hannya, kelapangan untuk setiap kesemp1tannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)

– Cara diampunkan dos4 dengan berzikir

i. Zikir 1: Zikir selepas solat.

“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Maka diampunilah kesal.ahan-kesal4hannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)

ii. Zikir 2

“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dos4nya sekalipun dos4nya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

– Selain tu banyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana2 boleh.

“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).

– Banyak lagi amalan lain tapi tu je yg Mi tahu Semoga bermanfaat..

Satu lagi, gerai air Mi dah buka terus ye sekarang.. Jumaat je cuti. Start pkul 1 tghari sampai habis barang.. Boleh waze: Syahmi Sazli Production Office Baru.

Sumber : GEMPAK / SYAHMI SAZLI FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Jualan Bersih Air Balang Cecah RM60RIBU. Ada Yang Cakap Sebab Syahmi Popular Asbab Air Laku, Sekali Syahmi Bagi kenyataan Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*