“Gembira jika jodoh ibu bapanya bersatu kembali” Myra Mula Buka Cerita Kisah Bkas Isteri Halim Othman Yg Selama Ni Org Tak Tahu

” Akhirnya Aidilfitri baru-baru ini dapat menyatukan kami bertiga…”

Demikian perk0ngsian yang ditulis pengacara dan pelakon baharu, Myra Natasya Abdullah, 27, pada gambar dia bersama bapanya, pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 57, serta ibunya Yusnita Omar, 47, yang dimuat naik di Instagram.

Menurut Myra ketika dihubungi, buat pertama kali dalam hidupnya, baru sekarang dapat merakamkan gambar bertiga bersama ibu bapanya itu.

” Raya paling bermakna.

” Inilah wajah ‘mommy’ saya yang juga bekas isteri, Halim Othman yang selama ini ramai orang tidak pernah tahu.

” Saya gembira dan bersyukur kerana Aidilfitri baru-baru ini, akhirnya dapat menyatukan kami bertiga serta bergambar bersama-sama.

” Sus4h juga pada mulanya untuk saya pujuk ‘mommy’ bergambar bertiga.

” Sebabnya bagi ‘mommy’ dia hanya orang biasa manakala, saya dan ayah pula memang terb4bit dalam industri seni serta dikenali masyarakat,” katanya kepada HarianMetr0.

Myra berkata, tujuan dia berkongs1 foto berkenaan kerana segala kem3lut yang berlaku selama 27 tahun mereka sekeluarga sudah pun selesai dan tiada rahsi4 lagi. Malah, katanya hubungan bapa dan ‘mommy’ juga semakin baik.

Mengulas penerimaan keluarga ibunya, Myra berkata, dia bertuah dikurniakan seorang ibu yang kuat, cekal dan sabar dalam men3mpuhi uji4n kehidupan.

Katanya, ibunya juga adalah ibu tunggal kepada lima orang anak.

” Mommy saya, orangnya hebat dan sudah 15 tahun menjadi ibu tunggaI yang berjaya membesarkan kami lima beradik sendiri.

” Alhamdulillah, sekarang ‘mommy’ saya sibuk berniaga kek secara dalam talian.

” Dalam keluarga bahagia saya, seorang adik lelaki berusia 24 tahun sudah berumh tngga dan mempunyai dua cahaya mata. Cuma, saya dan tiga lagi adik berusia 23, 22 dan 20 tahun masih solo.

” Apapun, kami masing-masing sudah besar,” katanya.

Gembira jika jodoh ibu bapanya bersatu kembali

Ditanya juga mengenai ‘privacy’ ibunya yang mungkin akan menjadi perhatian media selepas ini, Myra berkata, ibunya seorang yang pemalu dan sudah menol4k untuk ditemubual oleh beberapa wakil media kerana masih belum bersedia.

Turut ditanya harapannya jika jodoh ibu bapanya bersatu kembali, Myra berkata, sebagai anak tak din4fikan dia adalah insan paling gembira sekiranya masih ada rezeki jodoh mereka bersatu semula. Tetapi, takdir hidup manusia hanya Allah yang tentukan.

” Dalam hal jodoh ini, terserah kepada mereka berdua.

” Untuk saya sendiri, sudah sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana segala rahsi4 yang disimpan kemas selama ini sudah terlera1. Kini, kami sekeluarga dapat memulakan kehidupan baharu.

” Kami sudah boleh menjalani kehidupan seperti biasa tanpa merahsi4kan identiti lagi.

” Malah, saya juga dapat mengatur kerjaya seni dengan baik di atas segala peluang dan sokongan positif yang diberikan oleh semua pihak dan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, pada awal April lalu Harian Metro mendedahkan Myra juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan pelakon drama Republik Gombak di TV3 adalah anak Halim Othman selepas 27 tahun ‘dirahsi4kan’.

Walaupun ‘berbintikan Abdullah’, namun Myra adalah anak kandung Halim yang sah, hasil daripada perkahwinannya dengan bekas isteri, Yusnita pada 1994 di ThaiIand, namun tidak didaftarkan di Malaysia.

Myra pula lahir pada 1995 dan dibesarkan sepenuhnya oleh ibunya, serta urusan percraian dapat diselesaikan di ThaiIand pada 1998 ketika Myra berusia tiga tahun.

Semasa berusia 10 tahun pula, barulah pertama kali Myra dipertemukan dengan bapanya, Halim.

Myra jelaskan kenapa namanya tidak bintikan Halim

Sebelum ini, Myra membuat penjelasan mengenai status dirinya berbintikan Abdullah dan bukannya Halim.

Menurut Myra, ibu bapanya berkahwin di ThaiIand pada 1994 dan turut bercrai di sana pada 1998.

” Saya ikhlas dan sudah lama terima perkara ini. Perasaan malv, semua itu tak ada. Hakikatnya, kita tak boleh ubah takdir Tuhan.”

” Saya pula lahir pada 1995 dan ia menyukarkan untuk ‘bintikan’ nama bapa kerana perkahwinan itu tidak didaftarkan di negara ini,” katanya kepada HarianMetro.

Gambar: Myra (tengah) bersama bapanya, Halim dan ibu, Yusnita

Myra berkata, mungkin ada sebab kenapa Tuhan meletakkan dirinya pada jalan ini untuk mengingatkan orang lain, namun yang pasti segala kebaikan itu Allah Maha Tahu buat semua hamba-Nya..

” Saya cerita semua ini pun ikhlas dan saya tak pernah rasa m4lu. Ini kerana saya terima apa yang Allah bagi kepada saya dan semuanya sudah pun berlaku,” katanya.

Myra berkata, pertama kali dia bertemu bapanya ialah ketika dia berusia 10 tahun.

Katanya, ketika di sekolah rendah, dia sering tertanya-tanya kenapa bahagian maklumat bapa pada borang diisi ditulis tidak berkenaan termasuk sijil kelahirannya.

” Apapun, saya sangat teruja kali pertama dipertemukan dengan ayah ketika itu. Perasaan terujanya seperti jumpa artis dan dia adalah ayah kandung saya.

” Malah, saya jadi ada banyak keinginan agar kami dapat hidup bersama sebagai satu keluarga.

” Apapun, saya faham ibu bapa sudah ada haluan hidup mereka masing-masing. Sejak berjumpa ayah, hubungan kami baik dan dia juga tidak mengabaikan saya.

” Ayah sangat bertanggungjawab menjaga segala keperluan dan pelajaran saya,” katanya.

Menurut Myra, dia sedikit pun tidak meny4lahkan ibu bapanya diatas segala yang berlaku.

Katanya, ia takdir yang semua orang tidak mahu situasi sebegini berlaku kerana tiada siapa yang sudah berkahwin mahu bercrai.

” Sekarang ini saya berasa bebas jadi diri sendiri, tidak perlu bersembunyi lagi. Saya pun bersyukur dan gembira kerana selepas identiti diri didedahkan, banyak sokongan positif diterima daripada ramai orang,” katanya.

Berikut Sedikit Info Dan Biodata Myra Natasha
1. Nama lahirnya, Yusmyra Natasha binti Abdullah.

2. Ingin dikenali sebagai Myra Natasha atau Myra yang juga merupakan nama komersialnya.

3. Berusia 24 tahun (2019).

4. Berasal dari Kuala Lumpur.

5. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @nananattasya sehingga kini sudah mengumpul lebih 4,000 pengikut.

Fakta Menarik
Boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih.

Pernah mencuba nasib dalam ujibakat Dewi Remaja tahun lalu, namun g.agal berada dalam kalangan Top 20. Tahun ini rezeki berpihak kepadanya apabila terus mara sebagai peserta Top 12.

Bekas atlet cheerleading kebangsaan.

Masih menceburi secara aktif dalam bidang ‘cheerleading’ yang mana beliau turut mempunyai akademi cheerleading sendiri bernama Elite Cheer Academy.

Bertugas sebagai jurulatih cheer di beberapa buah sekolah di dalam negara.

Sumber:hmetr0, https://thebolalive.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "“Gembira jika jodoh ibu bapanya bersatu kembali” Myra Mula Buka Cerita Kisah Bkas Isteri Halim Othman Yg Selama Ni Org Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*