Didakw4 Guna Sih1r Kawal Suami Muda, Rosnah Mat Aris Mula Dedah Semuanya. ‘Saya Sorok Suami Dlm Almari’

Petaling Jaya – Pelakon Rosnah Mat Aris, 67, menganggap jodohnya dengan suami, Tajul Efendie Isa, 41, atau mesra disapa Blue yang 26 lebih muda adalah hadiah daripada Allah untuk memberi kebahagiaan kepadanya.

Rosnah berkata sebelum dipertemukan jodoh dengan suaminya yang disifatkan lebih matang daripada usia itu, dia pernah hidup menja.nda selama 13 tahun berikutan kega.galan dalam rumah tangga.

“Perkahwinan saya bersama suami adalah hadiah daripada Allah. Saya tak cari pun dan tak pernah terfikir nak kahwin dengan dia masa itu. Tapi, Allah nak bagi hadiah jodoh untuk saya.

“Di antara saya dan suami, perbezaan usia kami amat ketara iaitu 26 tahun. Tapi, alhamdulillah kini sudah 14 tahun kami hidup bersama dan tidak pernah juga berg.aduh besar selama ini,” katanya ditemui media pada majlis pratonton filem 3 J.anda Melawan Dunia, di sini, semalam.

“Saya amat bersyukur pada usia begini, Allah pertemukan jodoh dengan suami yang boleh menjaga saya dengan baik. Allah bagi saya happy kerana kami berdua juga mempunyai banyak minat bersama seperti suka memancing, berjalan-jalan serta masuk ke hutan,” katanya.

Mengulas dirinya yang dikata sorok suami, Rosnah berkata suaminya yang tidak gemar showoff atau menunjukkan diri. Katanya, ini kerana Tajul lebih selesa menjalani kehidupan normal tanpa dianggap menumpang glamor atau p.opulariti isteri sebagai selebriti.

Pernah Didakw4 Guna Sih1r Kawal Suami Muda, Rosnah Mat Aris Bahagia Bergelar Isteri
Biarpun kerap diajukan soalan tentang tips berkahwin dengan lelaki muda, d.edah Rosnah, 67, masih ada segelintir individu yang beranggapan bahawa dirinya menggunakan cara yang sal4h.

“Biasanya mereka yang datang menjadikan saya rujukan tu anggap saya pakai si.hirlah.Buat laki jadi b.odoh. Saya cakap balik, kau rasa kau nak ker buat laki kau jadi b.odoh, tunduk jer masa jalan?’.

“Comeon lah! Tak mainlah. Saya tak main benda tu. Saya minta pada Allah biar dapat suami yang boleh jaga saya. S.akit pening saya, suami jaga. Biar m.ati sekali pun biarlah atas peha dia.

Bagi saya kalau soalan tu seolah-olah saya ni mandremlah b.omoh membolehkan kami bertahan selama 14 tahun, jawapan saya tidak. Tiga perkara perlu dipegang walaupun dia lebih muda dari saya jujur, ikhlas, amanah!. Maka, akan selamatlah rumah tangga.

“Apa saja r.ahsia pun hanya suami dan isteri yang tahu. Dia tak pernah sorok apapun di belakang saya. Itu satu kelebihan yang ada padanya suami.

“Dia kata pada saya, orang lain c.emburu dengan kita dan akan buat macam-macam kepada kita. Mereka kata, setahun dua c.erailah tu. Itu doa orang,” kongs1 pelakon itu.

Rosnah ditemui pada majlis pratonton dan sidang media filem Tiga J.anda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Selasa.

Selain Rosnah, filem arahan pengarah muda Hyrul Anuar itu turut dibintangi oleh Khatijah Tan, Raja Azura, Normah Damanhuri, Norman Hakim dan dua pelakon baharu iaitu Abbas Mahmood dan Ellyza Azizi.

Filem komedi yang akan ditayangkan bermula 19 Mei itu menampilkan sisi lakonan berbeza Khatijah, Normah dan Raja Azura.

Dalam pada itu, akui Rosnah sepanjang perkahwinanya bersama Tajul Effendie Isa, 41, tidak pernah sekali pun mereka bertengk4r hingga bermasam muka.

“Saya tahu ramai orang bertanyakan pasal berkahwin dengan lelaki lebih muda. M.asalahnya saya simpan suami dalam almari perhiasan, kunci itu di tangan saya! Orang boleh tengok, dekat tak boleh.

“Kami beza usia 26 tahun dan tak tahulah saya ni dapat lelaki yang matang berbanding dengan orang seusia dia. Memang karakter dia macam tu, matang tak kena dengan umur.

Dia punya hormat kita, selalu minta maaf, bercakap dengan nada yang baik-baik. Pendek kata dia yang manjakan kita.

“Sampaikan kita yang k.asar ini boleh jadi lembut, bersopan, berbudi bahasa. Lebih mudahnya saya kata apa saya suka dia suka, apa dia suka saya suka, jadi kami satu,” tambahnya.

Sorok suami dalam almari
” Malas mahu bersoal jawab, dalam nada bergurau saya menyatakan, suami saya bukanlah barang pameran dan disebabkan itu, saya ‘simpan’ dalam almari,” cerita Rosnah sambil tertawa.

Mengenai kelibatnya yang sudah jarang kelihatan, penyandang trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH sebanyak empat kali itu berkata, dia tidak pernah hilang daripada radar dunia seni dan masih bergiat aktif dalam dunia lakonan yang diceb.urinya sejak tiga dekad lalu.

” Saya sempat menghabiskan penggambaran drama bersiri, Bujang Haji untuk siaran TV Al-Hijrah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan Januari lalu.

” Alhamdulillah, saya masih mendapat tawaran lakonan, tetapi tidaklah semeriah dahulu. Saya faham dalam situasi sekarang, ramai yang terkesan.

” Mujur saya ada suami dan anak-anak yang boleh menampung kehidupan. Selagi diperlukan, saya tetap akan berlakon. Saya juga bersyukur diberi kesihatan baik dalam usia emas ini.

” Cuma, ada ketika saya cepat penat. Maklum sahajalah, tenaga semakin berkurangan,” kata pelakon filem Mami Jarum dan Mami Jarum Junior itu.

Rosnah dan Tajul mendirikan rumah tangga pada 13 November 2008 di Masjid Al Khairiah Taman Sri Gombak. Awalnya, Rosnah men4fikan sudah mendirikan rumah tangga, namun akhirnya mengaku terpaks4 mer4hsiakan perkara itu atas alasan peribadi.

Pasangan itu juga gemar melakukan aktiviti bersama. Antaranya, memancing yang disifatkannya sebagai salah satu cara merapatkan hubungan sebagai suami isteri.

Kredit : Astro/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Didakw4 Guna Sih1r Kawal Suami Muda, Rosnah Mat Aris Mula Dedah Semuanya. ‘Saya Sorok Suami Dlm Almari’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*